Thursday, 14 February 2013

E Book Terbaru Remba

E Book terbaru yang sedang disediakan untuk sahabat-sahabat Pesuruhjaya Sumpah yang akan menghadapi sesi temuduga tidak lama lagi.

E BOOK: TIPS PERSEDIAAN TEMUDUGA
PESURUHJAYA SUMPAH 2013

1 comment:

  1. Apakah faedahnya menjadi Pesuruhjaya Sumpah Persendirian?

    Sebenarnya terdapat sangat banyak faedahnya apabila anda dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah dan diantaranya:

    1. Anda boleh memberikan satu perkhidmatan yang mulia dan penting kepada masyarakat disaat usia yang lanjut atau selepas berpencen. Bangga kepada diri sendiri kerana dalam usia yang bergini kita masih berupaya memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan masyarakat.

    2. Anda boleh mendekatkan diri dengan mahkamah dimana anda adalah sebahagian dari orang-orang yang dapat membantu mahkamah dalam hal yang berkaitan dengan pematuhan undang-undang terutama dalam Akta Akuan Berkanun 1960 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993.

    3. Anda akan dapat menjana kesihatan fizikal dan mental dengan bertugas lagi walaupun telah berpencen. Otak manusia akan sentiasa aktif apabila kita bekerja dan berintraksi dengan ramai deponen dan sahabat-sahabat PJS yang lain.

    4. Pada setiap hari bertugas anda akan dapat mempelajari dan mengetahui banyak perkara-perkara baru terutama tentang undang-undang yang sebelum ini diluar pengetahuan anda. Contohnya , terdapat banyak borang-borang didalam Jabatan Pendaftaran Negara yang memerlukan Akuan Sumpah dari seorang PJS. Jika tidak, maka pendaftaran anak angkat tidak boleh dilaksanakan tanpa gagal, sebagai contoh.

    5. Disamping memberikan perkhidmatan PJS anda juga sekaligus dapat menambahkan pendapatan harian kerana setiap akuan sumpah dihadapan anda dikenakan bayaran RM 4.00 setiap satu, begitu juga Afidavit. Sekiranya anda sentiasa beringat dan mematuhi Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 itu maka perlantikan anda boleh menjangkau sehingga 65 tahun.

    6. Bagi saya sebenarnya terdapat banyak lagi kebaikkan menjadi PJS yang anda sendiri akan dapat rasakan setelah anda dilantik dan setelah memberikan perkhidmatan. Cuma nasihat saya supaya anda sentiasa beringat perlantikan bukanlah secara otomatik kerana lesen anda akan dibatalkan sekiranya anda melakukan salah laku dalam KKPS 1993 itu.

    Cara-cara memohon dalam komen seterusnya.
    Remba sahabat PJS

    ReplyDelete