Sunday 13 January 2013

Pegang Teguh Prinsip Kebebasan Kehakiman

Putrajaya-  Ketua Hakim Negara YAA Tun Arifin bin Zakaria semalam mengulangi komitment badan kehakiman untuk berpegang pada prinsip kebebasan kehakiman.  Beliau berkata, Badan Kehakiman akan terus memperkukuhkan kedudukannya dan menentang sebarang cubaan untuk melemahkan kedudukannya sebagai sebuah badan bebas.

"Ini akan dilakukan melalui latihan dan pengawasan lebih ketat terhadap anggota Badan Kehakiman.  Saya ingin menyeru anggota Majlis Peguam dan orang ramai supaya mengelak daripada memberi rasuah kepada hakim dan pegawai untuk mendapatkan keuntungan peribadi.  "Sesungguhnya, dalam setiap perbuatan rasuah, pasti ada pemberi dan penerima.  Anda semua boleh menyekatnya diperingkat anda" kata Arifin ketika merasmikan Tahun Undang-Undang 2013 di Istana Kehakiman.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara, Majlis Peguam dan Badan Kehakiman berkongsi impian yang sama iaitu untuk melihat Badan Kehakiman mencapai taraf dunia dan kerjasama rapat yang terjalin antara ketiga-tiga institusi ini merupakan langkah positif kearah mencapai matlamat ini.

No comments:

Post a Comment