25.1.2013
Mahkamah Rayuan Malaysia, Putrajaya hari ini menghidupkan semula kes saman fitnah RM 100 juta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman. Panel Hakim tiga anggota dipengerusi YA Datuk Ramly Ali sebulat suara membenarkan rayuan Anwar menghidupkan semula saman sivil beliau terhadap Anifah atas kapisiti menteri itu.
Kes itu juga diperintahkan dikembalikan semula ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan dihadapan hakim lain. Pada 27 Mei 2007, Anwar menyaman Anifah atas kapisiti peribadi dan rasmi beliau dan Kerajaan Malaysia mendakwa menteri itu memfitnahnya dalam sidang akhbar bersama Anifah dan Setiausaha Negara Amerika Hillary Clinton.
No comments:
Post a Comment