Sunday 23 December 2012

Peperiksaan PJS: Mahkamah Persekutuan Malaysia (Mahkamah Tertinggi Di Malaysia)

Mahkamah Persekutaun Malaysia merupakan otoriti kehakiman
yang tertinggi sekali di Malaysia.  Ianya ditubuhkan di bawah Perkara 12(2)
Perelmbagaan Persekutuan. Keputusannya mengikat semua mahkamah
di bawahnya.  Sebelum 1 Januari 1985, sistem mahkamah atasan di Malaysia
adalah sistem tiga peringkat iaitu:
(a)  Majlis Privy
(b)  Mahkamah Agung
(c)  Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo.

Majlis Privy merupakan mahkamah rayuan tertinggi bagi Malaysia
sehingga 31 Disember 1984.  Pada 1 Januari 1985, semua rayuan dari
Malaysia ke Majlis Privy telah dimansuhkan.  Bagi mengantikannya,
Mahkamah Agung Malaysia ditubuhkan menjadikan mahkamah
rayuan terakhir di negara ini.  Pemansuhan rayuan ke Majlis Privy
telah mengakibatkan perubahan tiga peringkat mahkamah atasan kepada
sistem dua peringkat iaitu peringkat Mahkamah Agung dan dua
Mahkamah Tinggi.

Pelajaran seterus dalam komen dibawah:

4 comments:

  1. Pada tahun 1994, terdapat perubahan yang ketara berlaku kepada Badan Kehakiman apabila parlimen meminda Perlembagaan Persekutuan. Malalui pindaan tersebut, Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan. Mahkamah Agung dinamakan semula sebagai Mahkamah Persekutuan. Oleh yang demikian sistem tiga peringkat mahkamah atasan dihidupkan semula.

    Mahkamah Atasan: Mahkamah Persekutuan. Mahkamah Khas, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah dan Sarawak.

    Seterusnya dalam komen di bawah.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seterusnya:

      Mahkamah Persekutuan diketuai oleh YAA Ketua Hakim Negara (KHN). Sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan, jawatan tersebut dikenali dalan Bahasa Inggeris sebagai "Lord President".

      Ahli-Ahli Mahkamah Persekutuan

      Mengikut Perkara 122(1) Perlembagaan Persekutuan, mahkamah ini hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Kedua-dua Hakim Besar Mahkamah Tinggi (Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak) dan tidak boleh melebihi sebelas hakim lain (Berkuatkuasa pada 1 mei, 2009).

      Delete
  2. Perlantikan Hakim-Hakim

    Seksyen 28, Akta Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman 2009 telah menyatakan bahawa, suruhanjayalah yang mengsyorkan mana-mana nama yang bakal dilantik sebagai hakim dan syor tersebut diserahkan kepada Perdana Menteri dan bolehlah Perdana Menteri seterusnya memberikan nasihatnya mengikut Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
  3. Maklumat Penting yang sangat perlu diingati oleh semua calon:

    Ketua Hakim Negara:
    Yang Amat Arif Tun Arifin bin Zakaria

    Presiden Mahkamah Rayuan:
    Yang Amat Arif Tan Sri Dato' Seri Md Raus bin Sharif.

    Siapakah pula Hakim Besar Malaya dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak?

    ................................

    ReplyDelete