Bernama. Dis 4 2012
Mahkamah Rayuan menetapkan Jumaat ini (7 Disember) untuk
mendengar permohonan tiga orang penduduk kuantan berhubung
keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak permohonan
injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) yang
diberi kepada kilang nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP).
Tiga orang penduduk itu mengemukakan permohonan perintah penggantungan
sementara itu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah
Tinggi Kuantan pada 8 Nov yang menolak permohonan mereka supaya
mahkamah itu menangguhkan sementara TOL sehingga permohonan semakan
kehakiman mereka didengar di mahkamah tinggi.
Permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Lembaga
Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
mengeluarkan TOL kepada LAMP, ditetapkan 5 Feb yang didengar oleh
Mahkamah Tinggi, Kuantan.
Salam sahabat:
ReplyDeleteSekiranya anda berminat dalam isu di atas datanglah ke Mahkamah Rayuan Malaysia, Istana Kehakiman, Presint 3(Berhadapan Perbadanan Putrajaya). Anda boleh masuk mendengar asalkan anda berpakaian sopan dan mengikut etika mendengar perbicaraan mahkamah.
Selamat datang.......