Sunday, 18 November 2012

Pesuruhjaya Sumpah (Peguambela dan Peguamcara)

Bagaimana hendak dilantik Pesuruhjaya Sumpah
di kalangan sahabat-sahabat terpelajar, Peguambela dan
Peguamcara?.  Ikutilah komen seterusnya dari remba.....

6 comments:

  1. Salam Sahabat Terpelajar:

    Persoalan penting yang perlu ditangani ialah persediaan untuk mendapat beberapa dokumen penting untuk diserahkan kepada mahkamah. Ada diantara kita berputus asa kerana tidak dapat menyediakan dokumen yang dikehendaki. Itulah dia cabaran pertama untuk perlantikan anda. Nasihat saya anda tidak boleh sesekali mengalah dan teruskan penyediaan dokumen, mungkin kita boleh bertanya kepada sahabat terpelajar yang telah dilantik. Sijil Perlantikan pertama kita sebagai contoh..... susah nak cari jika tiada dalam simpanan kita. Cara penyelesiannya pergi ke POJ bahagian Sijil Amalan. Maka tepuk dada tanya diri sendiri hendak dan tak ndak.
    Wasssalam jumpa komen seterusnya.

    ReplyDelete
  2. Dokumen yang diperlukan dalam membuat permohonan:

    1. 4 Keping gambar warna terbaru pemohonan berukuran pasport.

    2. Salinan fotostat Kad Pengenalan (depan dan belakang).

    3. Sijil LL.B dan Sijil SPM/MCE

    4. Perintah terima masuk sebagai Peguam (Sijil Amalan yang pertama dan yang terkini) .

    5. Salinan Pengesahan dari Jabatan Insolvensi yang menyatakan bukan seorang bankrap.

    6. Dua salinan Borang tapisan keselamatan dengan 2keping gambar.

    7. Mengisi sepenuhnya Borang Permohonan iaitu Borang 1 dan Akuan Sumpah.

    8. Dua perakuan berkelakuan baik seperti di bawah:
    (a) dari Majlis Peguam
    (b) dari sahabat terpelajar yang telah beramal lebih 10 tahun.

    Macamana? boleh sediakan? susah?........

    ReplyDelete
  3. Salam:

    Cadangan saya, apabila semua dokumen yang diperlukan telah siap maka anda perlulah hantar sendiri dengan tangan dan petugas dipejabat PJS boleh dengan terus pastikan semua dokumen mencukupi atau sebaliknya. Jika cukup maka dokumen tersebut boleh diperoses dengan segera dan anda boleh dipanggil temuduga pada awal tahun hadapan. Jangan lupa, sebaik sahaja anda dapat surat yang menyatakan bahawa permohonan telah diterima dan no rujukkan diberikan , maka disaat itu anda segera membuat persediaan untuk temuduga. Terus terang saya katakan bahawa ramai Peguam yang gagal kerana menganggap temuduga tersebut senang TETAPI adalah sebaliknya.... maka bersedialah 100 peratus. sekian...

    ReplyDelete
  4. Salam semua: 21.11.2012
    Kebanyakkan sehabat peguam yang senior adalah seorang Pesuruhjaya Sumpah. Saya tak perlu bagi contoh. Maka anda pula bagaimana?........ segera masukkan permohonan anda barulah hebat.

    ReplyDelete
  5. Salam Sahabat:

    Semasa YAA Tun Zaki KHN, semua permohonan PJS dikalangan Peguam mesti menjalani peperiksaan dan jika lulus barulah dipanggil temuduga. Pada hari ini era YAA Tun Arifin dimana peperiksaan PJS dari peguam dimansuhkan dan terus akan dipanggil temuduga. Bagaimana kita, boleh ambil kesempatan sebelum peperiksaan dibuat semula.......

    ReplyDelete
  6. As salam.. pesuruhjaya sumpah ni layak dimohon oleh peguam sahaja kah? Atau org awam pun layak juga untuk memohon?

    ReplyDelete