Mengapakah Akta ini sangat berkait rapat dengan
Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah?
AAB merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan
bagi membuat dan mengambil Akuan Berkanun dan bagi
maksud yang berkaitan dan bersampingan dengannya.
Tajuk Ringkas
1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Akuan Berkanun 1960.
Borang akuan
2. Sah bagi mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret,
Pesuruhjaya Sumpah atau tertakluk kepada seksyen 4 Akta Notari
Awam 1959 (Akta 115), bagi mana-mana Notari Awam yang
dilantik di bawah Akta Notari Awam 1959, mengambil dan menerima
akuan mana-mana orang yang membuat akuan dengan SUKARELA
dalam bahasa melayu atau inggeris mengikut borang dalam jadual.
Penjelasan seterusnya dlm komen di bawah:.
Persoalan-Persoalan tentang Akuan Sumpah:
ReplyDelete1. Mengapakah kita semua perlu mengangkat sumpah?
2. Bagaimana sesuatu akuan sumpah boleh dibuat secara sah?
3. Apakah akibatnya apabila kita membuat sesuatu akuan yang palsu?
4. Salahkah sesuatu akuan sumpah yang dibuat apabila kita dipaksa?
5. Dimanakah tempat yang patut kita membuat Akuan Sumpah yang sah?
Jawapan persoalan di atas dalam komen seterusnya.
Persoalan Pertama:
ReplyDeleteMengapakah kita semua perlu mengangkat sumpah?
Jawapan:
Kebanyakan urusan-urusan harian semada dipihak kerajaan maupun swasta menghendaki kita membuat sesuatu pengakuan yang mengatakan bahawa pengakuan tersebut adalah betul. Jika kita berurusan dengan Jabatan Kerajaan, contohnya diJabatan Pendaftaran Negara, maka kebanyakkan borang yang perlu diisi menghendaki kita membuat akuan sumpah. Begitu juga di Jabatan Imigresen, JPJ, Kementerian Luar (Sijil Kelakuan Baik), KWSP, dan banyak lagi .
Jika diswasta pula contohnya pengesahan laporan odit kewangan, laporan setiausaha syarikat dan sebagainya. Maka sepatutnya kita tahu bahawa Akuan Sumpah adalah begitu penting dalam hidup kita.
Persoalan kedua:
DeleteBagaimana sesuatu Akuan Sumpah boleh dibuah secara sah?
Jawapan:
Sesuatu akuan sumpah akan menjadi sah dan diterima pakai dimahkamah apabila deponen (orang yang mengangkat sumpat) telah melaksanakan perkara seperti dibawah:
(a) menyediakan dokumen akuan sumpah secara kendiri.
(b) dokumen tersebut mestilah mengikut format yang dikhaskan dalam akta Akuan Berkanun 1960.
(c) bawa sendiri dokumen datang dihadapan seorang Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.
(d) Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah melaksanakan tugas-tugasnya seperti didalam Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 dimana:
Deponen mestilah tanda tangani dokumen sumpah dihadapan pegawai-pegawai tersebut di atas.
Peringatan:
Anda boleh memastikan seseorang Pesuruhjaya Sumpah yang sah apabila anda melayari web Mahkamah Persekutuan atau Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia. Ada juga Pesuruhjaya Sumpah yang menjalankan perkhidmatan dengan tanpa lesen yang sah, waspadalah.
Persoalan:
ReplyDeleteApakah akibatnya apabila kita membuat sesuatu akuan sumpah secara palsu?
Jawapan:
Menurut akta ini bahawa sesuatu akuan palsu boleh dihukum dibawah Kanun Keseksaan (Penal Code) di bawaw Seksyen 199 dan Seksyen 200.
Seksyen 199 KK, menyatakan bahawa, kenyataan palsu yang dibuat dalam sesuatu akuan yang diterima di sisi undang-undang sebagai keterangan.
" Barang siapa...... membuat satu kenyataan palsu hendaklah disiksa sama seperti seolah-olah ia telah memberikan keterangan palsu".
Seksyen 200 KK, pula menyatakan bahawa menggunakan sebagai benar sesuatu akuan yang tersebut itu yang diketahui sebagai palsu......... hendaklah disiksa sama seperti seolah-olah ia telah memberi keterangan palsu.
Maka hukuman berkaitan keterangan palsu adalah dibawah Seksyen 193 KK, Siksa bagi keterangan palsu ..... antara lain , hendaklah disiksa dengan PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI 7 TAHUN DAN BOLEH DIDENDA.
Anda semua perlu merujuk sendiri Seksyen 199, 200 dan 193 Kanun Keseksaan. Maka amat besar impaknya kita membuat sesuatu akauan palsu dalam Akuan Sumpah tersebut.
Persoalan 5
ReplyDeleteDimanakah tempat untuk kita mengangkat Akuan Sumpah yang sah?
Jawapan:
Anda semua boleh pergi ke Tempat Pesuruhjaya Sumpah yang dilantik oleh Ketua Hakim Negara dan tanda-tanda adalah seperti di bawah:
1. Premis yang khas dan dipapan tanda PESURUHJAYA SUMPAH.
2. Apabila anda masuk kedalam , terdapat seorang PJS yang dipoket kirinya tertara Pesuruhjaya Sumpah dan no pengenalanya.
3. Mereka akan mencatitkan nama anda, kad pengenalan dan melihat dokumen yang anda bawa.
4. Seterusnya beliau akan membaca dokumen dan memahamkan anda dan anda disuruh menandatangani dokumen sumpah itu.
5. PJS akan mencatitkan bitir-butir identiti anda dibuku daftarnya dan anda disuruh menandatangani dibuku tersebut.
6. Akhirnya PJS akan mengecopkan sealnya keatas dokumen yang anda bawa.
7. Bagaimana jika anda was-was semada PJS itu ada lesen atau atau tidak?. Anda boleh memeriksanya dilaman web Mahkamah Persekutuan Malaysia atau Pejabat Ketua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia.
nice sharing. izinkn sy bertanya...
ReplyDeleteakta akuan bersumpah ini hnya boleh digunapakai utk urusan penting shja atau boleh didaftarkn atas urusan remeh- temeh? cnthnya, perselisihan faham antara keluarga atau rakan atas asbab kehilangan barang kepuyaan dan berlaku tuduh-menuduh ...
mohon penjelasan. terima kasih.