Monday, 12 November 2012

e Book Jambatan Ilmu Untuk Pesuruhjaya Sumpah,

Mari kita belajar untuk lulus peperiksaan Pesuruhjaya Sumpah
yang akan datang.  Disertakan beberapa soalan penting yang
saya ambil dari ebook saya untuk perkongsian ilmu bersama.
Ikutilah.......

23 comments:

  1. 1. Siapakah yang diberikan kuasa mutlak untuk melantik seseorang sebagai Pesuruhjaya Sumpah?

    Jawapan:
    Menurut Kaedah 5, Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 (Perlantikan) dan (selepas ini disebut KKPS 1993), hanya YAA Ketua Hakim Negara yang diberikan kuasa mutlak untuk meluluskan dan seterusnya melantik seseorang Pesuruhjaya Sumpah.

    Kuasa YAA Ketua Hakim Negara tersebut dengan merujuk kepada Seksyen 11(2) Akta Mahkamah Kehakiman 1964, yang melalui akta tersebut memberikan kuasa penuh kepadanya untuk membentuk Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993 tersebut.

    ReplyDelete
  2. 2. Siapakah 3 golongan orang yang layak atau boleh dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah?

    Jawapan:
    (a) Pertama, Peguambela dan Peguamcara yang telah beramal di Malaysia selama lebih 7 tahun.
    Apabila dilantik disebut Pesuruhjaya Sumpah dari kalangan Peguambela dan Peguamcara.

    (b) Kedua,seorang pegawai kerajaan atau pegawai awam yang sedang bertugas, telah disahkan jawatan dan disokong oleh Ketua Jabatan Masing-Masing dan Pesuruhjaya Sumpah ini di sebut Pesuruhjaya Sumpah Pegawai Awam.

    (c) Ketiga, orang awam yang berkelayakan minima SPM/MCE, berpengalaman dalam Jabatan Kerajaan atau swasta dan mereka apabila dilantik disebut sebagai Pesuruhjaya Sumpah Persendirian.

    ReplyDelete
  3. 3. Apakah suatu peraturan yang perlu dipatuhi oleh seseorang apabila telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah dan bila ia mula berkuatkuasa?

    Jawapan:
    Peraturan tersebut ialah KAEDAH-KAEDAH PESURUHJAYA SUMPAH 1993 dan ianya mula berkuatkuasa pada 1hb. April 1993 (Mengikut Kaedah 1 KKPS 1993).

    ReplyDelete
  4. 4. Berapa lamakah tempoh seseorang boleh dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah?

    Jawapan:
    Menurut Kaedah 8, KKPS 1993 tempoh seseorang boleh dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah ialah tidak melebihi 2 tahun atau kurang mengikut budi bicara Ketua Hakim Negara.

    ReplyDelete
  5. 5. Bilakah sesuatu permohonan perlantikan semula perlu dibuat?

    Jawapan:
    Menurut Kaedah 9(2) KKPS, Permohonan perlantikan semula mesti dibuat pada satu bulan sebelum tamat tempuh perlantikan semasa.

    ReplyDelete
  6. 6. Adakah seseorang Pesuruhjaya Sumpah dibenarkan membuat pengakuan "SALINAN DIAKUI SAH" pada sesuatu dokumen salinan?

    Jawapan:
    TIDAK BOLEH kerana PJS tidak diberikan kuasa membuat pengakuan tersebut kerana tidak dinyatakan dalam Kaedah 11 dan 12 KKPS (Senarai tugas yang boleh dilaksanakan).

    ReplyDelete
  7. 7. Apakah yang dimaksudkan dengan "Afidavit"?

    Jawapan:
    Suatu keterangan bersumpah yang dibuat pengakuan secara bertuli dihadapan Pesuruhjaya Sumpah untuk tujuan menyokong sesuatu permohonan atau sebagainya didalam satu kes sivil di mahkamah.

    ReplyDelete
  8. 8. Encik Allen Murry, seorang warganegara Australia yang tidak memahami Bahasa Melayu dan membawa dokumen sumpah didalam Bahasa Melayu. Bagaimanakah anda seorang PJS melaksanakan Akuan Sumpah tersebut?

    Jawapan:
    Beliau perlu dilayan dibawah Kaedah 13(b) KKPS, dengan cara membaca dan menerangkan dengan dibantu oleh seorang Jurubahasa dan Pesuruhjaya Sumpah membuat pengakuan di dalam JURAT di bawah dokumen sumpah tersebut.

    ReplyDelete
  9. 9. Apakah yang dimaksudkan dengan DEPONEN ?

    Jawapan:
    Deponen ialah seorang yang membawa dokumen Akuan Sumpah, hadir dihadapan Pesuruhjaya Sumpah dan mengangkat sumpah, tanda tangan di dokumen dan buku daftar dan dokumen sumpah ditandatangan oleh PJS dan dimeteraikan.

    ReplyDelete
  10. 10. Apakah peranan dan fungsi BUKU DAFTAR seseorang Pesuruhjaya Sumpah apabila telah dilantik?

    Jawapan:
    Buku Daftar tersebut merupakan hati seseorang PJS dimana ianya perlu dijaga, dikemaskini dengan tangan PJS sendiri dan sentiasa tersedia untuk diperiksa oleh Pegawai Mahkamah. Maka fungsi utama buku tersebut ialah:-
    (a) merekod semua transaksi dengan butir-butir yang ditentukan dalam Borang 7, KKPS 1993. (Sila lihat Borang 7).
    (b) buku daftar akan diperiksa oleh pegawai mahkamah satu tahun sekali.
    (c) buku daftar akan menggambarkan salahlaku seseorang PJS jika tidak mematuhi KKPS. Buku tersebut akan diperiksa oleh pegawai mahkamah jika ada tomahan salahlaku.
    (d) buku daftar dapat menunjukan pendapatan seseorang PJS pada setiap bulan dan tahunan.

    ReplyDelete
  11. 11. Anda merupakan seorang PJS di Puchong. JPN Cawangan Shah Alam meminta bantuan anda untuk bertugas pada hari ahad kerana JPN membuka kaunter dihari ahad. Bolehkah anda menjalankan tugas tersebut kerana pada hari itu anda tidak bertugas di Puchong ?

    Jawapan:
    Anda tidak boleh samasekali menjalankan tugas di JPN Shah Alam kerana tempat tersebut bukan tempat bertugas anda yang sah. Maka anda mestilah menulis surat kepada Ketua Hakim Negara memohon kebenaran bertugas diluar kawasan dan diluar waktu yang sesuai (Hari Ahad).

    ReplyDelete
  12. 12. Siapakah yang diberikan kuasa oleh Ketua Hakim Negara untuk memeriksa buku daftar seseorang Pesuruhjaya Sumpah?

    Jawapan:
    Mana-mana pegawai mahkamah yang terdiri dari Pendaftar Mahkamah Tinggi, Timbalan Pendaftar/Pegawai Penyelidik, Penolong Kanan Pendaftar dan mana-mana pegawai mahkamah yang dilantik oleh KHN.

    ReplyDelete
  13. 13. Apakah akan terjadi apabila seseorang PJS yang dilantik TELAH disabitkan kesalahan jenayah atau telah diistiharkan bankrap?

    Jawapan:
    Menurut Kaedah 18(3) KKPS 1993, perlantikkannya sebagai seorang Pesuruhjaya Sumpah secara automatik adalah TERBATAL.

    ReplyDelete
  14. 14. Berapakah fee atau bayaran yang bole dikenakan oleh seseorang Pesuruhjaya Sumpah setelah tugas dilaksanakan ?

    Jawapan:
    Menurut Kaedah 21(1) KKPS 1993, jelas menyatakan bahawa bayaran yang boleh diambil atau dikenakan:
    (a) afidavit yang asal atau Akuan Sumpah tidak melebehi RM 4.00 dan Rm 2.00 bagi setiap ekshibit yang hendak ditandakan.
    (b) RM 2.00 bagi pendua atau salinan afidavit dan RM 1.00 bagi setiap salinan ekshibit.

    ReplyDelete
  15. 15. Sekiranya seseorang yang telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah dan telah melanggar atau tidak mematuhi Kaedah 11, 12, 13, 14, 15, 16, 19 dan 21 KKPS 1993, apakah penalti yang boleh dikenakan jika sabit kesalahan?

    Jawapan:
    Menurut Kaedah 22 KKPS 1993, boleh didenda tidak melebehi RM 1000 atau dipenjara tidak melebehi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

    ReplyDelete
  16. Sistem Undang-Undang Malaysia/ Malaysian Legal System

    1. Apakah undang-undang tertinggi di negara kita?

    Jawapan:
    Perlembagaan Persekutuan atau Federal Constitution.

    2. Terdapat 3 badan utama dalam konsep Pengasingan Kuasa di Malaysia dan apakah badan-badan itu?

    Jawapan:
    (a) Badan Perundangan atau Legislatif
    (b) Badan Eksekutif atau Pemerintah
    (c) Badan Kehakiman atau Judicial

    3. Siapakah Tokoh yang memperkenalkan teori pengasingan kuasa ini?

    Jawapan:

    Seorang ahli falsafah Perancis bernama MONTESQUIEU.

    ReplyDelete
  17. 4. Mahkamah apakah dkelaskan sebagai mahkamah tertinggi di negara ini?

    Jawapan:
    (a) Mahkamah Persekutuan
    (b) Mahkamah Khas Raja-Raja
    (c) Mahkamah Rayuan
    (d) Mahkamah Tinggi Malaya, Sabah dan Sarawak.

    5. Apkah pula mahkamah rendah?
    Jawapan:

    ..........................................................

    ..........................................................

    ReplyDelete
  18. 6. Siapakah nama Ketua Hakim Negara sekarang ini?

    Jawapan:

    .........................................

    ReplyDelete
  19. Macam mana saya boleh dapatkan ebook ini? terima kasih

    ReplyDelete
  20. Mcm mana mahu dapatkan buku ini? Terima Kasih

    ReplyDelete
  21. Assalaamualaikum Tuan.
    Saya adalah seorang penjawat awam. Saya berhasrat untuk berkhidmat sebegai seorang Pesuruhjaya Sumpah selepas saya bersara tidak lama lagi. Saya ingin mendapatkan Ebook Tuan.harap dapat berhubung dengan saya melalui email saya ( adza_ptl@yahoo.com ) atau tel/Whatapp ( 0178366455 ).Saya berharap agar Tuan dapat hubungi saya.

    ReplyDelete