Permohonan Pesuruhjaya Sumpah dibahagikan kepada 3 kategori:-
(a) Pesuruhjaya Sumpah dari Peguambela dan Peguamcara
(b) Pesuruhjaya Sumpah dari Pegawai Awam atau Pegawai Kerajaan
(c) Pesuruhjaya Sumpah dari orang Persendirian
(1) Bagi permohonan dari kalangan Peguambela dan Peguamcara, dokumen-dokumen yang
diperlukan:-
(a) Empat keping gambar berwarna yang terbaru ukuran pasport.
(b) Satu salinan fotokopi kad pengenalan (depan dan belakang atau kad pertukaran alamat).
(c) Sijil Akademik:
- Sijil LL.B
- Perintah diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara
- Sijil Amalan yang pertama dan yang terkini. dan
- Sijil SPM atau yang setaraf.
(d) Dua (2) Perakuan Kelakuan Baik.
Perakuan ini mestilah yang asal dan dibuat dalam tahun permohonan dibuat.
- Perakuan Kelakuan Baik dari Majlis Peguam, dan
- Perakuan Kelakuan Baik daripada seorang Peguambela dan Peguamcara yang telah beramal
lebih 10 tahun.
(e) Satu salinan pengasahan rasmi dari Jabatan Insolvensi Malaysia bahawa pemohon tidak pernah
di perintah bankrap oleh mahkamah.
(f) Mengisi sepenuhnya Borang Permohonan dalam Borang 1 beserta Akuan Berkanun.
(2) Bagi Permohonan dari kalangan Pegawai awam atau Pegawai Kerajaan, dokumen-dokumen
yang diperlukan:-
(a) Empat keping gambar warna berukuran pasport
(b) Satu salinan fotokopi kad pengenalan (depan dan belakang) atau kad pertukaran alamat.
(c) Sijil SPM atau yang seteraf dengannya
(d) Satu salinan fotokopi surat pengesahan dalam jawatan.
(e) Dua (2) Perakuan Kelakuan Baik ( Perakuan yang asal dan dibuat dalam tahun permohonan
dibuat.
- Perakuan Kelakuan Baik dari Ketua Jabatan semasa, dan
- Perakuan Kelakuan Baik dari seorang Pegawai Kerajaan yang telah disahkan dari jawatan dan
lebih kanan dari pemohon.
(f) Satu salinan pengesahan rasmi dari Jabatan Insolvensi Malaysia bahawa pemohon tidak pernah
diperintahkan bankrap oleh mahkamah.
(g) Dua (2) salinan borang Tapisan Keselamatan
(h) Mengisi sepenuhnya Borang Permohonan dalam Borang 1 beserta Akuan Berkanun.
PERHATIAN
Permohonan bagi Pegawai Awam atau Pegawai Kerajaan mestilah dibuat melalui Ketua
Jabatan masing-masing.
(3) Bagi Permohonan dari Kalangan Orang Persendirian, dokumen-dokumen yang dikehendaki
seperti di bawah:-
(a) Empat keping gambar terbaru yang bewarna berukuran pasport.
(b) Satu salinan fotokopi Kad Pengenalan (Depan dan belakang) dan kad tukar alamat jika
berkenaan.
(c) Sijil SPM atau yang setaraf dengannya.
(d) Dua (2) Perakuan Kelakuan Baik ( Perakuan mestilah yang asal dan dibuat dalam tahun
permohonan dibuat.
- Surat Perakuan Kelakuan Baik dari Pegawai Kerajaan atau Esekutif Swasta gred A.
(e) Satu salinan pengesahan rasmi dari Pejabat Insovensi Malaysia yang menyatakan bahawa
pemohon tidak pernah diperintahkan bankrap oleh mahkamah.
(f) Dua (2) salinan Borang Tapisan Keselamatan.
(g) Mengisi sepenuhnya Borang Permohonan dalam Borang 1 beserta Akuan Berkanun.
Borang yang telah dipenuhi dengan lengkap serta dokumen-dokumen sokongan tersebut hendaklah dihantar
sendiri atau melalui pos ke:-
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
62506 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
No comments:
Post a Comment