Thursday 15 March 2018

Ambiga: K'jaan mungkin campur tangan dalam kehakiman

Peguam Ambiga Sreenevasan hari ini memberitahu tujuh hakim Mahkamah Persekutuan bahawa isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersetuju menasihati pelantikan dan lanjutan dua hakim kanan boleh dihakimi.
Memetik keputusan dalam kes Semenyih Jaya dan Indira Gandhi, Ambiga berkata apabila keputusan eksekutif tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah wajib campur tangan.
Beliau berkata tindakan melanjutkan tempoh Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif dan Presiden Mahkamh Rayuan Tun Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan akan melemahkan badan kehakiman.
"Kami  katakan selepas penghakiman dalam (kes) Semenyih Jaya dan Indira Gandhi bahawa nasihat perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong tidak kebal daripada penelitian.
"Para eksekutif tidak boleh dibenarkan mengganggu kebebasan badan kehakiman, tindakan dalam (lanjutan dan pelantikan) tidak konsisten dengan perlembagaan dan undang-undang. Mahkamah adalah wajib untuk campur tangan," katanya memetik kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 7 Julai tahun lalu.

Dalam kenyataan akhbar, Ambiga juga berkata langkah kerajaan melanjutkan umur persaraan hakim kepada 70 tahun adalah "pendekatan pintu belakang" untuk membenarkan pelantikan tersebut.
Ambiga, yang mengetuai pasukan peguam dari Majlis Peguam, juga menegaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan menetapkan empat jawatan tertinggi dalam badan kehakiman tidak boleh diduduki oleh hakim tambahan, seperti yang berlaku terhadap Hakim Raus dan Zulkefli.
Jawatan itu, katanya, mesti diduduki oleh hakim yang masih belum mencapai umur persaraan mandatori 66 tahun dan enam bulan sebagaimana dinyatakan dalam perlembagaan.

"Jika tidak, mengapa ini dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana seorang bekas ketua hakim negara boleh bersetuju dengan lanjutan tempoh Hakim Raus dan Zulkefli sebagai hakim tambahan, sehari sebelum persaraannya bermula.

No comments:

Post a Comment