Friday 9 February 2018

Tanah Felda Jalan Semarak masih milik pemaju, dakwa Rafizi

 8 Feb 2018, 6:44 pm      8 Feb 2018, 6:55 pm
Rafizi Ramli mendakwa sehingga hari ini tiada satu pun tanah milik Felda sekitar Jalan Semarak telah dipulangkan oleh syarikat pemaju Synergy Promenade Sdn Bhd, seperti yang didakwa agensi itu.
Naib presiden PKR itu merujuk kenyataan yang dibuat Felda pada 15 Januari lalu bahawa syarikat tersebut telah memulangkan hak milik tanah tanpa sebarang kos.
Beliau juga menyebut laporan akhbar The Sun yang memetik Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad (gambar) sebagai berkata semua hak pemilikan telah didaftar semula di bawah nama Felda.
"Laporan The Sun dan juga Utusan Malaysia secara jelas menyebut bahawa Felda telah mendapat kembali hak milik," katanya pada sidang media di pejabat Invoke, hari ini.
Namun selepas membuat siasatan, beliau mendakwa telah mendapat geran hak milik semua 16 lot tanah Felda yang terbabit.
image: https://i.malaysiakini.com/1204/125650b93044e92b803395cbb5bd018a.jpeg

"Semua geran ini diperolehi dengan menjejaki nombor-nombor geran hak milik, yang seterusnya membolehkan saya membeli setiap geran yang bernilai RM30 setiap satu.
"Setakat 31 Januari 2018 iaitu ketika geran tersebut diperolehi, kesemua 16 lot tanah masih lagi milik syarikat pemaju iaitu Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd (satu lot) dan Synergy Promenade Sdn Bhd (15 lot lain).