Wednesday 24 January 2018

Dokumen Rafizi isu tanah Felda didedah esok

23 Jan 2018, 5:31 pm      23 Jan 2018, 5:34 pm

“Saya sudah mendapat beberapa dokumen yang saya akan tunjukkan esok dan lusa untuk menguatkan lagi hujah saya bahawa tanah Felda itu telah hilang selama-lamanya,” kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli (bawah).

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad pada 15 Januari lalu mengumumkan Felda mendapat kembali tanahnya bernilai RM200 juta tanpa sebarang kos yang dipindah milik kepada pemaju melalui transaksi meragukan.

Katanya lagi, meskipun tanah sudah berpindah milik, namun projek Kuala Lumpur Vertical City di atas tanah itu tetap diteruskan.

Dalam kenyataan hari ini, Rafizi juga mencabar Shahrir berdebat dengannya berkaitan pemilikan tanah itu, termasuk berkaitan pemilikan strata selepas bangunan dibina.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/409724#WpAAULPUolI5ezdj.99

Thursday 4 January 2018

Bekas AG ulangi - Dr M tak bertanggungjawab pecat Salleh Abas

 Hari ini, 2:39 pm      Hari ini, 2:45 pm MALAYSIAKINI.
Bekas peguam negara (AG), Tan Sri Abu Talib Othman sekali lagi berkata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bertanggungjawab dalam pemecatan ketua hakim negara ketika itu, Tun Salleh Abbas
Pengesahannya dibuat susulan kenyataan Dr Mahathir semalam yang mengulangi bahawa beliau tidak bertanggungjawab terhadap pemecatan Salleh sehingga mengakibatkan krisis kehakiman pada tahun 1988.
"Seperti saya kata, tidak benar bahawa Mahathir memulakan penyingkiran itu atau mahu Salleh dipecat, beliau hanya mematuhi arahan Agong," kata Abu Talib dalam satu temu bual di Kuala Lumpur hari ini.
Walau bagaimanapun, Abu Talib menegaskan bahawa dirinya bukan mempertahankan Dr Mahathir dalam perkara itu.
"Saya tidak membela Mahathir, sebab itu saya kata, kamu mungkin tidak menyukainya, tetapi itulah fakta, saya tidak bermain politik tetapi berdasarkan fakta," katanya.

Wednesday 3 January 2018

'Dr M bakal diumum calon PM rasmi HARAPAN Ahad ini'

2 Jan 2018, 7:20 pm      2 Jan 2018, 7:42 pm MALAYSIAKINI

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/407328#hC2RRrdDA8SRXcEa.99 Harapan (HARAPAN) dijangka akan mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menterinya yang rasmi pada konvensyen HARAPAN, Ahad ini.
Namun, Malaysiakini dimaklumkan tiada kesepakatan sama ada Dr Mahathir perlu dinamakan sebagai "perdana menteri sementara" atau tidak.
Seorang sumber PADA peringkat tinggi mendakwa pengumuman itu tidak akan diteruskan jika konsensus berhubung soal itu gagal dicapai pada mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN Khamis ini.
Menurut sumber, tiga atau empat parti komponen HARAPAN bimbang tindakan menamakan "perdana menteri sementara" tidak akan memberi kesan yang diharapkan mereka.
Misalnya, ia tidak akan menonjolkan HARAPAN sebagai gabungan yang mampu menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil jika menang pada pilihan raya umum (PRU) yang bakal menjelang.
"Kita tidak akan menonjolkan keyakinan awam jika menggunakan istilah itu, walaupun jika pemimpin HARAPAN menerima bahawa calon perdana menteri ini bersifat sementara.
Sumber berkata, PKR berpendirian frasa "perdana menteri sementara" patut digunakan.
Sementara itu, seorang lagi sumber berkata butiran berhubung pengumuman Mahathir sebagai calon perdana menteri akan disemak semula dan diperkemas pada mesyuarat majlis presiden.
"Salah satu parti (komponen) masih memerlukan masa untuk memutuskannya," kata sumber yang enggan mengesahkan sama ada beliau merujuk kepada PKR.

Tuesday 2 January 2018

Anwar mohon perisytiharan tanpa perkenaan Agong sebagai tak sah

 
Hari ini, 1:13 pm      Hari ini, 1:47 pm MALAYSIAKINI

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan satu tuntutan undang-undang di Mahkamah Persekutuan memohon untuk tiga pindaan undang-undang sejak tahun 1983 berhubung keperluan mandatori untuk perkenaan Yang di-Pertuan Agong yang telah ditarik balik diisytiharkan sebagai tidak sah kerana melanggar struktur asas perlembagaan persekutuan.
Tindakan Anwar mencabar keperlembagaan perkara itu adalah untuk mencabar Akta Keselamatan Negara (MKN) 2016, yang diluluskan tanpa perkenaan Seri Paduka.
Peguamnya N Surendran dan Latheefa Koya dari firma undang-undang Daim dan Gamany memfailkan notis usul ke Mahkamah Persekutuan pagi ini.
Turut hadir ialah presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian, dan ketua PKR Johor Hassan Karim.