Tuesday 26 December 2017

HEBAT SUNGGUH FELDA BERNIAGA


 Hari ini, 12:15 pm      Hari ini, 12:26 pm 
ULASAN l Satu Malaysia heboh apabila media perdana membongkar kisah empat bidang tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dianggarkan bernilai RM250 juta, telah dijual tanpa dapat satu sen pun kepada Felda.
Menurut laporan, nilai semasa tanah berkenaan jauh melebihi anggaran tersebut iaitu mencecah kira-kira RM1 bilion berasaskan nilai tanah RM1,300 kaki persegi bagi kawasan berkenaan.
Sebuah syarikat swasta diberi kuasa wakil oleh Felda untuk hak milik kepada tanah berkenaan. Ini kata Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad seperti yang dilaporkan media.
Menurut Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam) Salkukhairi Abdul Sukor, memberi surat wakil kuasa penuh samalah seperti menyerahkan sepenuhnya projek dan tanah kepada pemaju.
"Syarikat itu jual tanah kepada diri sendiri dengan jumlah nilai yang disebut itu, wakil FELDA tiada yang tandatangan (dokumen penjualan), dia jual sendiri kepada pihak dia," kata Shahrir.
Aneh kata-kata Shahrir itu. Cuba baca semula - sebuah syarikat diberi kuasa oleh Felda untuk memegang hak milik tanah, kemudian ia menjualnya kepada diri sendiri tanpa tandatangan wakil Felda.