Friday 27 October 2017

Badan Peguam cabar lantikan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan

       
Badan Peguam pada 10 Oktober 2017 lalu telah memfailkan saman pemula bagi mencabar pelantikan Hakim Tan Sri Md Md Raus Sharif dan Hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai hakim tambahan.
Badan Peguam juga memohon supaya pelantikan mereka sebagai Ketua Hakim Negara dan presiden Mahkamah Rayuan mereka diisytihar sebagai tidak sah dan terbatal.
Badan Peguam menamakan bekas ketua hakim Tun Arifin Zakaria, Hakim Raus dan Hakim Zulkefli sebagai defendan.
Mereka memfailkan tindakan undang-undang berikutan resolusi yang diterima dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa pada 3 Ogos 2017 bagi mendukung keulungan Perlembagaan Persekutuan dan mempertahankan kebebasan serta integriti kehakiman.
Tidak sah dan terbatal
Dalam saman itu Badan Peguam memohon mahkamah untuk memutuskan hal berkaitan beberapa pengisytiharan:
"Pengisytiharan atas nasihat Arifin sebagai ketua hakim kepada Yang di Pertuan Agong pada 30 Mac 2017 tahun ini untuk melantik Hakim Raus dan Hakim Zulkefli sebagai hakim tambahan di bawah Perkara 122 (1A) sebagai melanggar perlembagaan dan tidak sah.