Friday 24 March 2017

TAHNIAH,RAMAI YANG LULUS EXAM 22.3.2017 ADALAH PEMBACA TEGAR EBOOK INI



CALON YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN ULANGAN 
PADA 5.4.2017, TERUSKAN PERJUANGAN, JANGAN SESEKALI 
MENGALAH- ANDA JUGA BOLEH.

KANDUNGAN (KEMASKINI & TAMBAH BAIK 01.01.2017.
(266 MUKA SURAT)

1 Bhg A :   Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah1993 .
2 Bhg  :   PengenalaSistem Undang-Undang Malaysia
3 Bhg  :   Pengetahuan Am dan Sejarah Malaysia
4 Bhg  :   Undang-undang dan Akta yg berkaitan dgn PJS
5 Bhg E :   Istilah Undang-Undang terpilih
6 Bhg   Tips Sesi Temuduga Pesuruhjaya Sumpah
7 Bhg  :   Arahan Amalan Ketua Hakim Negarberkaitan 
(Lebih 160 Soalan danJawapan yang berkaitan)
TEMPAHAN : 
remba_ebook@yahoo.com/  Whatssap 017-3076458

Thursday 16 March 2017

Mahkamah tolak permohonan kanak-kanak jadi warganegara

Mahkamah Rayuan hari ini sebulat suara menolak dua permohonan berasingan, yang pertama oleh ibu bapa angkat dan kedua, oleh seorang bapa kandung yang memaksa Jabatan Pendaftaran Negara untuk memberikan kewarganegaraan kepada 'anak-anak' mereka.
Panel tiga hakim memutuskan bahawa walaupun budak lelaki itu dilahirkan di Malaysia, adalah perlu bagi pemohon membuktikan kanak-kanak itu bukan tanpa kerakyatan atau warga negara lain.
Pemohon juga perlu membuktikan berdasarkan prinsip jus soli (kewarganegaraan hak lahir) dan jus sanguinis yang mana kewarganegaraan bukan ditentukan oleh tempat lahir tetapi mempunyai satu atau kedua-dua ibu bapa yang adalah rakyat negara itu.
Hakim Datuk Badariah Sahamid, berkata dalam kes Than Siew Beng dan anak angkatnya yang berusia 18 tahun itu, terdapat persoalan mengenai keturunan kanak-kanak itu kerana beliau diambil oleh ibu bapa angkat tanpa mereka mengetahui susur galurnya.
Budak yang kini berusia 18 tahun itu dilahirkan di sebuah poliklinik di Ampang dan diambil oleh ibu bapa angkatnya yang mendaftarkan sijil kelahiran yang dikeluarkan di bawah nama mereka.