Sunday 7 August 2016

Lelaki Bawa Anjing Dihalang Masuk Lobi Mahkamah


MSTAR<Diterbitkan: Khamis, 4 Ogos 2016 8:43 PM
- Gambar hiasan
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki lingkungan 60-an dihalang memasuki perkarangan mahkamah di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini kerana membawa binatang peliharaannya bersama.

Lelaki itu yang sedang memeluk anjingnya diminta oleh seorang pegawai wanita di kaunter pertanyaan, membawa keluar haiwan berkenaan dari lobi mahkamah.

Lelaki itu yang kelihatan tidak berpuas hati dengan arahan pegawai mahkamah itu kemudiannya keluar dari bangunan mahkamah dan mengunci tali anjingnya pada pokok bunga di hadapan pintu masuk mahkamah.

Kejadian pukul 3.30 petang itu turut menarik perhatian orang ramai yang  lalu-lalang di situ apabila anjing itu menyalak selepas tuannya masuk ke dalam bangunan mahkamah itu.

Kerajaan Rayu Keputusan Bebas 'Gadis Belon'


MSTAR Diterbitkan: Ahad, 7 Ogos 2016 2:44 PM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah membebaskan penari, Bilqis Hijjas daripada tuduhan menghina dengan melepaskan belon kuning pada majlis yang dihadiri perdana menteri dan isteri, Ogos tahun lalu.

Satu laporan dalam talian menyatakan salinan notis rayuan telah dihantar kepada Bilqis.

Pada 1 Julai, Majistret Mohd Faizal Ismail membebaskan Bilqis Hijjas, 37, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

"Selepas meneliti keterangan dan hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan,serta penilaian yang maksimum, mahkamah memutuskan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan.

"Mahkamah percaya elemen seperti menghina, membangkitkan kemarahan dan keamanan mungkin terganggu, gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan," kata Mohd Faizal.

Pada Hari Kebangsaan 31 Ogos tahun lepas, tujuh belon kuning dilepaskan dari tingkat lima di pusat beli-belah itu sewaktu Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor menonton persembahan tarian pembukaan acara DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur.