Friday 31 October 2014

Ku Li gesa kerajaan tangguh GST



Bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa kerajaan agar menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang menurutnya akan menyusahkan lagi rakyat.

"Besar kemungkinan pelaksanaan GST pada tahun hadapan akan menambahkan lagi tekanan terhadap kos sara hidup walaupun kesannya sekali sahaja kerana ia diserap oleh keseluruhan sistem ekonomi.

"Demi melegakan beban kewangan rakyat yang semakin meningkat, mungkin GST ini boleh ditangguh sehingga keadaan ekonomi meningkat ke tahap yang lebih kukuh dan kuat," katanya.

Badan Peguam Jelaskan Isu Berkaitan Resolusi Ke Atas Bekas Hakim


Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 7:33 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia menegaskan, pendirian mereka berhubung bekas hakim kembali beramal sebagai peguam dan menghadiri prosiding mahkamah adalah sama sepertimana resolusi yang diputuskan pada mesyuarat agung mereka yang ke-68, 15 Mac lalu, demikian kata presidennya,Christopher Leong pada lewat Khamis.
Dalam resolusi tersebut, para peguam memutuskan bahawa bekas-bekas hakim dari mahkamah yang lebih tinggi (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) haruslah dilarang atau dikawal oleh undang-undang daripada bertindak sebagai peguam di mahkamah.
Dan untuk mencapai objektif tersebut, mesyuarat agung Badan Peguam Malaysia meminta Majlis Peguam Malaysia mengemukakan syor kepada Pejabat Peguam Negara agar satu pindaan ke atas Akta Profesion Guaman 1976 dibuat dengan segera di parlimen.

Bunuh Pensyarah Dan Bapa: Tiga Bekas Pelajar Ke Tali Gantung


Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 7:34 PM
Tiga bekas pelajar sebuah kolej antarabangsa, Mohamad Zul Sharil Suhaimi, Mohamad Sharafe Matt Noh dan Azizi Aizat Ibarahim dibawa keluar oleh anggota polis selepas dijatuhi hukuman gantung sampai mati, oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Khamis. Mereka didapati bersalah kerana membunuh pensyarah Zara Eleena,23, dan bapanya Omar Peter Abdullah,56, dua tahun lalu.
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Tiga bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, Khamis selepas didapati bersalah membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah, dua tahun lepas.
Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 22, Mohamad Sharafe Matt Noh, 21, dan Azizi Aizat Ibrahim, 22, gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat didakwa membunuh Zara Eleena, 23, seorang kelainan upaya (OKU) dan pensyarah Bahasa Inggeris di KTAC, antara 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012.
Mereka juga didakwa membunuh bapa pensyarah itu, Omar Peter, 56, pesara syarikat kewangan antara 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokannya.

Dua Lelaki Ditembak Mati Disyaki Anggota Pemberontak Sulu


Diterbitkan: Khamis, 30 Oktober 2014 11:28 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang ditembak mati oleh polis di Penampang Baru, Sabah pada Khamis dipercayai anggota pemberontak tentera Sulu, lapor Bernama.

Sebelum ini, kedua-dua individu itu disyaki perompak bersenjata yang terlibat dengan insiden berbalas tembakan dengan polis kira-kira pukul 4 petang.

Seorang wanita turut ditahan dalam insiden itu.

Keadaan di Penampang Baru kembali normal pada pukul 9.15 malam dan laluan yang dikepung dibuka untuk orang ramai.

Terdahulu, polis mengekori kedua-dua suspek sebelum menahan mereka di hadapan beberapa bangunan kedai untuk pemeriksaan.

Beberapa saksi memberitahu terdengar bunyi tembakan selama seminit menyebabkan orang ramai bertempiaran lari meninggalkan lokasi itu.

Thursday 23 October 2014

Tolong jangan pukul saya lagi, rayu Anwar



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar kejadian mata lebam tidak berulang sekiranya beliau dipenjarakan sekali lagi selepas rayuan akhirnya terhadap sabitan kes liwat pada 28 Oktober ini.

Anwar berkata, jika beliau ditakdirkan dipenjarakan sekali lagi, "tolong jangan pukul saya lagi."

Ketua pembangkang itu menegaskan demikian ketika berucap dalam ceramah di hadapan 2,000 orang di Seberang Jaya malam tadi

Mengimbau kembali insiden mata lebam ketika di Penjara Sungai Buloh, Anwar berkata, bekas Presiden Indonesia Habibie JB menelefon Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk menyatakan kebimbangan beliau.

Habibie, katanya, telah dimaklumkan oleh pihak intelligentsia beliau bahawa beliau (Anwar) teruk dipukul dalam penjara.

Katanya, Mahathir menjawab bahawa negara ini mempunyai undang-undang dan dia tahu bagaimana mengendalikan urusan dalaman negara.

Saya Tidak Akan Jadi MB Kedekut - Azmin


Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 8:54 AM
Mohamed Azmin Ali.
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Azmin Ali berkata, beliau tidak berhasrat untuk menjadi 'MB Kedekut'

Menerajui negeri yang mempunyai rizab bernilai RM3 bilion, beliau berhasrat membelanjakannya untuk penyelenggaraan infrasturktur dan kebersihan di negeri itu.
"Saya tidak akan menjadi menteri besar yang kedekut. Ini bukan wang saya, ia milik rakyat. Saya boleh kedekut dengan wang saya sendiri tapi ini wang mereka dan saya akan membelanjakan ia dengan baik," katanya.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dikritik oleh wakil rakyat dari Pakatan Rakyat kerana pendekatan berjimat-cermat dalam membelanjakan dana negeri.

Cuba Rasuah Polis, Pembalak Haram Minta Dibicarakan


Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 1:19 PM
Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
KUCHING: Seorang pengarah urusan sebuah syarikat perladangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini Rabu atas dakwaan cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai polis yang menahannya kerana melakukan pembalakan haram.

Ling Sing Ching, 50, dibebaskan dengan jaminan RM10,000 berserta seorang penjamin selepas dia mengaku tidak bersalah cuba menawarkan rasuah RM2,000 kepada ASP Mohd Mazlan Mohd Ariff, sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadapnya.

Hakim perbicaraan, Nixon Kennedy Kumbong, dimaklumkan bahawa Ling menawarkan wang tunai itu kepada Mohd Mazlan apabila mereka berdua bertemu di sebuah restoran di Lorong Lapangan Terbang di sini pada 4.45 petang, 4 September lepas.

SPRM Sasar Pembalak Haram Rasuah Penguat Kuasa


Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 12:30 AM
Hutan negara hanya berbaki 30 peratus akibat kegiatan pembalakan haram dengan merasuah anggota agensi penguat kuasa.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Lebih ramai pembalak haram yang beroperasi dengan merasuah anggota penguat kuasa dijangka ditahan dan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.

Tindakan itu hasil operasi khas yang dilancarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menyasarkan pembalak haram selepas pergerakan mereka di beberapa negeri dipantau rapi sejak awal tahun ini.

Hasil siasatan juga mendapati, antara punca utama yang dikenalpasti menjadi dalang dalam melindungi aktiviti pembalakan haram ini ialah cubaan merasuah pegawai penguatkuasaan secara berterusan oleh syarikat pembalakan untuk mengaut keuntungan lebih.

Polis Tak Takut - KPN


Diterbitkan: Khamis, 23 Oktober 2014 10:49 AM
Khalid Abu Bakar
  (Ubah saiz teks)
CHERAS: Polis tidak takut dan gentar untuk melakukan serbuan atau mengambil sebarang tindakan di kawasan Kuala Sepetang, Perak yang didakwa menjadi lokasi jenayah dan aktiviti mafia.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak polis akan sentiasa memantau dan menyerbu mana-mana sahaja kawasan yang disyaki menjalankan aktiviti jenayah.

"Saya rasa polis belum sampai ke tahap itu (takut).

"Belum ada tempat di mana-mana juga di negara kita yang polis takut untuk berhadapan dengan keadaan yang mengancam ketenteraman awam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 30 ekor kuda yang baharu dibeli oleh Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di sini, Khamis.

Wednesday 22 October 2014

Masyarakat Hindu Sambut Deepavali Dalam Suasana Meriah


Diterbitkan: Rabu, 22 Oktober 2014 1:03 PM
Najib menaburkan beras pada kolam sempena sambutan Hari Deepavali anjuran MIC di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada Rabu. Turut kelihatan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel. - foto RAJA FAISAL HISHAN/ The Star.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia beragama Hindu pada Rabu menyambut Deepavali dalam suasana meriah dengan mengadakan acara keagamaan dan majlis rumah terbuka.

Sambutan kemuncak di ibu negara ialah rumah terbuka Deepavali yang dianjurkan MIC di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Paluan gendang dan serunai mengiringi ketibaan Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional pada kira-kira 10.15 pagi, dengan disambut Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan pemimpin-pemimpin parti yang lain.

Penjual Burger Dipenjara 16 Tahun Rogol Gadis


Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 2:50 PM
  (Ubah saiz teks)
JOHOR BARU: Seorang penjual burger berusia 28 tahun dijatuhkan hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol seorang gadis berusia 15 tahun.

Hairul Lisan Husin didapati bersalah oleh mahkamah kerana merogol gadis berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kampung Melayu Pandan kira-kira pukul 3.15 pagi pada 10 Januari.

Mengikut fakta kes, tertuduh telah membawa mangsa ke sebuah rumah dan merogolnya sebelum meninggalkannya di sebuah pusat karaoke.

Hakim Muhammad Jamil Hussin mandapati Hairul Lisan melakukan kesalahan itu di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.

Hairul Lisan berdepan hukuman penjara 20 tahun maksimum dan sebatan jika sabit kesalahan.

Warga Itali Hilang Di Lahad Datu


Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 4:32 PM
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Polis Sabah masih giat mengesan seorang lelaki warganegara Itali yang dilaporkan hilang sejak tiba di Lahad Datu pada 13 Okt, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman.
Katanya maklumat terakhir melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diterima pihak polis mendapati mangsa, William Bocchi, 52, dikesan mendaftar masuk di Hotel Four Point di Sandakan pada 13 Okt jam 9.25 malam dan mendaftar keluar pada 14 Okt.
"Sehingga sekarang usaha-usaha mengesan telah diperluaskan ke Lahad Datu, Semporna dan Sandakan. Mungkin kita akan perluaskan ke kawasan pedalaman hingga ke Kinabatangan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.
Menurut Jalaluddin pihaknya telah mengarahkan semua ketua polis daerah di timur Sabah untuk mengedarkan gambar William untuk mengesannya dan percaya kehilangan William tiada kaitan dengan perbuatan jenayah.

Berarak di London tolak Akta Hasutan



Pada Sabtu muram di satu sudut di London, sekumpulan penunjuk perasaan tampil dengan nyanyian dan sorakan menggesa pemansuhan Akta Hasutan 1948 segera.

Hampir seratus rakyat Malaysia berkumpul di Suruhanjaya Tinggi Malaysia bagi menyatakan setiakawan dengan perarakan saman Badan Peguam Malaysia dua hari sebelum itu.

Kebanyakan peserta terdiri daripada pelajar, yang mereka membawa plakad dan kain rentang bagi mengetengahkan suara mereka.

Malah pesertanya juga datang daripada pelbagai pelosok United Kingdom, termasuk Leeds, Cardiff, Reading, Bristol, Nottingham, Warwick, York dan Southampton.

Dari Cardiff, mereka bangun seawal jam 4.30 pagi untuk mendapatkan bas ke London.

Daripada Nottingham mereka bergerak seawal jam 5 pagi untuk menaiki kereta api murah.

Tuesday 21 October 2014

Ramai Penunggang Bersikap Buruk Di Jalan Raya


Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 11:26 AM

Kemalangan di Lebuhraya Karak Ahad lalu yang membabitkan motosikal berkuasa tinggi.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Kebarangkalian untuk berlaku kemalangan adalah tinggi apabila terdapat perilaku sembrono di jalan raya dan malangnya sikap buruk itu banyak berlaku di jalan raya di Malaysia.

Ini adalah pendapat penunggang motosikal berpengalaman, termasuklah Presiden Harley Owner Group Malaysia Chapter Choo Kai Mun.

"Kelab ini menekankan ahlinya menunggang dengan selamat secara berkonvoi dan berdisiplin di jalan raya. Apabila kita berkonvoi, kita mempunyai marshal manakala penunggang superbike lain menunggang sesuka hati mereka," kata Kai Mun, 53, yang juga memiliki sebuah Honda Gold Wing selain Harley selepas menunggang selama 19 tahun.

Rayuan Kes Liwat Anwar: Cabang PKR Di Seluruh Negara Digesa Hantar Penyokong Dengan Bas


Diterbitkan: Selasa, 21 Oktober 2014 11:46 AM
Rafizi Ramli
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: PKR telah memanggil cabangnya di seluruh negara untuk menggerakkan ratusan penyokong ke Istana Kehakiman di Putrajaya dengan bas minggu depan untuk menuntut kebebasan pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mengarahkan lebih daripada 200 pemimpin cabang parti menunjukkan sokongan kepada perjuangan mereka bagi membebaskan Anwar daripada sabitan liwat.

"Di negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, setiap cawangan perlu menghantar sekurang-kurangnya lima buah bas yang penuh dengan penyokong," katanya dalam satu pekeliling yang dihantar kepada cabang-cabang parti.

Rasuah: Lima Penjawat Awam, Seorang Pesara Polis Didakwa


Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 6:12 PM
Salah seorang anggota penguat kuasa (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Butterworth untuk didakwa kerana rasuah.
  (Ubah saiz teks)
BUTTERWORTH: Lima penjawat awam dan seorang pesara polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima suapan antara 2013 dan 2014.
Tertuduh terdiri daripada tiga anggota polis dan seorang pesara polis iaitu Koperal Shahirul Abdul Hamid, 40; Sarjan Muhd Pakhri Hassan, 54; Sarjan Mejar Mohd Yusob Md Rodzi, 48; dan pesara polis. Nor Roslan Che Ros, 53.

Dua lagi tertuduh ialah Penolong Pegawai Penguat Kuasa, Kementerian Dalam Negeri, Alias Md Yusof, 40; dan Pembantu Penguat Kuasa, Majlis Perbandaran Seberang Perai, Amran Che Anin, 38.

Monday 20 October 2014

Felda Menang Saman Fitnah Terhadap Wan Azizah


Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 6:21 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan syarikat pelaburannya menang saman fitnah terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md Said memutuskan bahawa Felda sebagai sebuah badan berkanun mempunyai hak untuk menyaman pihak-pihak di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pembangunan Tanah 1956.

"Terdapat peruntukan undang-undang bagi plaintif (Felda) di untuk mendakwa. Oleh itu, Felda boleh memulakan prosiding sivil (terhadap defendan). Ia boleh menyaman untuk melindungi reputasinya," katanya selepas menolak isu awal yang dibangkitkan dalam perkara itu pada Jumaat.

Mahkamah Batalkan Saman Adinda Sultan Kelantan Terhadap Polis


Diterbitkan: Jumaat, 17 Oktober 2014 3:41 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Jumaat membatalkan saman dikemukakan adinda Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra terhadap polis dan kerajaan atas dakwaan menangkapnya secara salah, selepas putera itu dan peguamnya gagal hadir di mahkamah.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pihak polis dan kerajaan untuk membatalkan saman itu, dan memerintahkan Tengku Muhammad Fakhry membayar kos RM5,000 kepada semua defendan.
Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad dan Andi Razalijaya A. Dadi yang mewakili defendan, memberitahu pemberita mereka meminta saman itu dibatalkan berikutan ketidakhadiran Tengku Muhammad Fakhry dan peguamnya yang baru dilantik apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes.

Dua Maut Nahas Motosikal Berkuasa Tinggi Di Lebuhraya Karak


Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 3:49 PM
Ketiga-tiga motosikal musnah akibat terbakar.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Dua maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga motosikal besar berkuasa tinggi di Lebuhraya Karak menghala ke Kuala Lumpur pada Ahad.

Salah seorang mangsa yang maut ditemui dalam keadaan rentung.

Seorang penunggang motosikal dilaporkan berada dalam keadaan serius akibat pelanggaran itu.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 11.40 pagi membabitkan tiga motosikal besar berkuasa tinggi dan sebuah kereta.

Ketiga-tiga motosikal terbabit musnah akibat terbakar.

Kemalangan itu menyebabkan keadaan sesak sepanjang 7 kilometer.

Pelajar Buat Laporan Palsu Berdepan Dengan Tindakan Polis


Diterbitkan: Ahad, 19 Oktober 2014 9:16 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar jurusan Diploma Rekaan Fesyen bakal berdepan dengan siasatan kerana membuat laporan palsu kepada polis.

Pada Sabtu, pelajar semester lima di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) di Johor itu telah membuat laporan polis di Dungun, yang mendakwa dia berjaya melarikan diri dari penculik.

Pelajar berusia 20 tahun itu memberitahu polis, dia keluar dari rumahnya untuk pergi ke kelas, dan pengsan sebelum tersedar berada di dalam sebuah kontena lori.

Dia juga mendakwa terdapat tujuh orang kanak-kanak turut berada di dalam kontena itu, manakala tiga lelaki yang menculiknya berasal dari Kelantan berdasarkan dialek percakapan mereka.

Pelajar itu memberitahu polis bahawa dia berjaya melarikan diri ketika lori tersebut berhenti di stesen minyak di Dungun sebelum dia menelefon ibunya.

Friday 17 October 2014

Dua Anggota Polis, Tiga Pembantu Penguat Kuasa DBKL Didakwa Rasuah


Diterbitkan: Khamis, 16 Oktober 2014 5:25 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Dua anggota polis dan tiga pembantu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di sini Khamis terhadap pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM4,600 antara Oktober 2012 hingga Jun tahun lepas.
Kelima-lima tertuduh mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan masing-masing dibacakan di hadapan Hakim Allaudeen Ismail dan Hakim Rosbiahanin Arifin.
Lans Koperal Muhammad Nazruldin Chee Chau Vui yang bertugas di Cawangan Peronda, Bahagian Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis (IPD) Cheras didakwa menerima suapan RM800 untuk melindungi Lanny Ong Boon Hsien, 32, yang didakwa melakukan penyeludupan diesel bersubsidi.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran McDonald's Taman Connaught, Jalan Cendikiawan, di sini pada 6.45 petang, 4 Jun 2013.

Monday 13 October 2014

Rafizi Kini Setiausaha Agung PKR Yang Baharu


Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 12:00 PM
Rafizi Ramli
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuat keputusan mengejut apabila melantik Naib Presiden, Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung parti itu yang baharu bagi menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

 
Ketetapan itu dilakukan seiring dengan pelantikan Timbalan Presidennya, Mohamad Azmin Ali yang kini mengisi jawatan Menteri Besar Selangor.

Saifuddin dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar kini dilantik sebagai Pengarah Bersama Pilihan Raya parti, manakala Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mengambil alih kerusi Rafizi sebagai pengarah strategik.

Wanita, Teman Lelaki Didakwa Bunuh Kanak-Kanak Lelaki

Wanita, Teman Lelaki Didakwa Bunuh Kanak-Kanak Lelaki

Diterbitkan: Isnin, 13 Oktober 2014 11:08 AM
Mayat kanak-kanak lelaki ditemui polis di dalam semak berhampiran ladang kelapa sawit.
  (Ubah saiz teks)
BUKIT MERTAJAM: Ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang mayatnya ditemui berhampiran ladang kelapa sawit, T. Gayathry, 30 pada Isnin didakwa atas tuduhan membunuh oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Turut didakwa atas pertuduhan sama adalah teman wanita tersebut, R.Saravanan Kumar, 24, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Pasangan tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Ladang, Permatang Serai di Bukit Tengah di sini antara pukul 8 pagi pada 20 September dan 11.25 pagi, 29 September lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang tidak ditawarkan ikat jamin.