Sunday 31 August 2014

Mahkamah Tolak Cubaan MAS Ketepi Keputusan Pemecatan Pekerja Secara Salah


Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 4:12 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) gagal dalam cubaannya untuk mengetepikan keputusan yang menghendakinya membayar ganti rugi RM97,035 kepada seorang bekas pekerjanya yang dipecat secara salah kerana menjual minyak wangi yang bukan merupakan barang jualan dalam penerbangan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nallini Pathmanathan menolak permohonan MAS untuk mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan yang membenarkan tuntutan bekas penyelia perkhidmatan dalam penerbangan, Mazlin Desa terhadap syarikat penerbangan itu yang didakwa memecatnya secara tidak adil.


Dalam penghakiman setebal 20 muka surat, Nallini berkata, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang wajar berdasarkan bukti yang dikemukakan kepadanya dan oleh itu tiada asas bagi Mahkamah Tinggi untuk campur tangan.

Katanya, Mahkamah Perusahaan telah menimbang dengan menyeluruh semua perkara berkaitan fakta dan undang-undang sebelum membuat keputusannnya dan oleh itu, keperluan membuat satu keputusan aneh yang menyanggah logik, tidak dapat dipenuhi.

Nallini juga menolak permohonan semakan semula kehakiman Mazlin terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan yang menolak tuntutannya agar diterima semula bekerja dengan MAS. 

No comments:

Post a Comment