Sunday 31 August 2014

Mahkamah Tolak Cubaan MAS Ketepi Keputusan Pemecatan Pekerja Secara Salah


Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 4:12 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) gagal dalam cubaannya untuk mengetepikan keputusan yang menghendakinya membayar ganti rugi RM97,035 kepada seorang bekas pekerjanya yang dipecat secara salah kerana menjual minyak wangi yang bukan merupakan barang jualan dalam penerbangan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Nallini Pathmanathan menolak permohonan MAS untuk mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Perusahaan yang membenarkan tuntutan bekas penyelia perkhidmatan dalam penerbangan, Mazlin Desa terhadap syarikat penerbangan itu yang didakwa memecatnya secara tidak adil.

Senapang Rampasan Tertera 'Made In The Philippines'


Diterbitkan: Jumaat, 29 Ogos 2014 5:56 PM
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Selaras senapang yang dirampas dari Kampung Sri Jaya, Simunul di Semporna selepas satu pertempuran pada 2 Mac tahun lepas, tertera perkataan "Made in the Philippines" (Buatan Filipina), demikian Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Jumaat.
Ketika mengenal pasti senapang M16 itu, anggota Cawangan Khas Sabah (SB) Sarjan Mohd Mustafa Kamal Ngah menunjukkan perkataan tertera pada badan senjata itu, yang ditemuinya kira-kira 3 petang pada 3 Mac tahun lepas di dalam sebuah bot di bawah sebuah rumah di mana beliau terperangkap hampir 22 jam.

Pencuri Berlian RM1.4 Juta Di Bukit Bintang Ditahan


Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 10:57 AM
Suspek yang mencuri berlian di Bukit Bintang pada 14 ogos lalu.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Dua lelaki yang mencuri dua cincin berlian bernilai RM1.4 juta di Bukit Bintang pertengahan bulan ini berjaya ditahan di Zurich, Switzerland pada Khamis.
Pengurus Keselamatan Penjual Barangan Emas Antarabangsa, Martin Winckel berkata, dua penjenayah terbabit ditahan ketika berkeliaran di  Bahnhofstrasse untuk mencuri berlian di sebuah kedai di situ.
Suspek dipercayai warga Taiwan itu pada mulan berkunjung ke tiga buah kedai dan menyatakan minat terhadap berlian bernilai tinggi.
Bagaimanapun semasa berada di kedai ketiga, kedua-duanya telah ditahan oleh polis berikutan gelagat mereka yang mencurigakan.

Raifal, Peluru Dirampas Daripada Suspek Pengedar Dadah


Diterbitkan: Sabtu, 30 Ogos 2014 3:09 PM
Kenderaan jenis Proton Wira yang dinaiki suspek.
  (Ubah saiz teks)
ALOR SETAR: Polis berjaya merampas selaras raifal, beratus peluru dan lapan peket syabu daripada seorang suspek yang disyaki pengedar dadah di Kuala Muda pada Jumaat.

Suspek yang menaiki kereta Proton Wira akhirnya berjaya dihentikan oleh sebuah kereta peronda MPV polis di Jalan Hospital.

Difahamkan anggota polis yang mengejar kenderaan itu turut melepaskan tembakan kearah kereta suspek ketika lelaki itu cuba melarikan diri.

Dia akhirnya ditahan di luar Ibu Pejabat Daerah Kuala Muda kira-kira pukul 8 malam.

Polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 8 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim dijangka mengadakan sidang akhbar berhubung insiden itu di ibu pejabat polis negeri ke kira-kira pukul 3 petang Sabtu.

Thursday 28 August 2014

Pengawal Keselamatan Tembak Mati Perompak Bank


Diterbitkan: Khamis, 28 Ogos 2014 1:38 PM
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Satu percubaan rompakan kali kedua di sebuah bank di Jalan Sungai Dua di sini pada Khamis telah digagalkan apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang suspek dan memaksa seorang lagi melarikan diri dengan tangan kosong.

Pasangan perompak ini dipercayai orang yang sama yang merompak bank itu pada 29 Mei lalu dan melarikan wang tunai lebih dari RM60,000.

Modus operandi mereka pada kali ini adalah sama iaitu menuang petrol di dalam premis dan mengancam untuk membakarnya.

Polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan memuji pengawal keselamatan kerana melakukan tindakan pantas.

"Dia melakukan tugasnya dengan baik."

Rafizi mengaku tak bersalah aibkan ahli Umno



Naib Presiden PKR Rafizi Ramli hari ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan mendatangkan kemarahan kepada ahli Umno.

Ahli Parlimen Pandan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui satu kenyataan pada Februari lalu yang mengaitkan parti tersebut dengan kejadian membaling molotov cocktail pada satu gereja.

Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

10 peserta sukan bogel dihadap ke mahkamah



Sepuluh peserta kem sukan bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang didakwa di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini.

Enam daripada mengaku bersalah manakala empat lagi meminta dibicarakan terhadap pertuduhan di bawah Seksyen 394 (a) Kanun Keseksaan.

Mereka didakwa mengambil bahagian dalam acara itu di Taman Negara di Teluk Kampi, Teluk Bahang pada 31 Mei.

Video mengenainya telah dimuat naik di YouTube dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Hakim Mohd Najib Ismail mendengar kes itu manakala pendakwaan dijalankan oleh DPP Albert Chan.

Halam Saad Gagal Dalam Kes Rayuan Saman RM1.8 Bilion


Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 5:30 PM
Tan Sri Halim Saad
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Hartawan Tan Sri Halim Saad gagal dalam rayuannya untuk mengembalikan semula saman RM1.8 bilion yang difailkan terhadap Khazanah Nasional Berhad dan dua yang lain berhubung penyelesaian untuk melepaskan pegangan dalam Renong Berhad.

Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak rayuan Halim yang difailkan dalam usaha untuk menukar keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan samannya terhadap tiga responden.

"Kami dapati kesimpulan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi bahawa dakwaan plaintif (Halim) jelas tidak mapan atas alasan tempoh had masa telah ditetapkan dan persetujuan dan penyelesaian, adalah betul," katanya.

Rayer Mengaku Tidak Bersalah Atas Dua Tuduhan Menghasut


Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 11:16 AM
Rayer (tengah) ketika diiringi di mahkamah.
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N. Rayer mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut di Mahkamah Sesyen di sini.
Tuduhan pertama berhubung kenyataan provokasinya yang dikeluarkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei lalu.
Kesalahan itu jika disabitkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, membawa kepada hukuman penjara maksimum tiga tahun, denda RM5,000, atau kedua-duanya sekali.
Rayer, 42, turut mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan kedua di hadapan Hakim, Zaharah Hussain mengenai kenyataan yang dikeluarkan semasa ceramah di taman permainan di Jalan Delima, Island Glades di sini pada 22 Mei lalu.

Rafizi Beri Keterangan Polis Berhubung Kenyataan Perkauman


Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 6:54 PM
Rafizi Ramli
  (Ubah saiz teks)
KAJANG: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli memberikan keterangan berhubung kenyataannya yang didakwa bersifat perkauman pada Januari lepas, di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kajang, Rabu.

Beliau dilihat memasuki IPD Kajang kira-kira pukul 3.50 petang dan beredar setengah jam kemudian dengan diiringi peguam Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Rafizi berkata, polis memberitahunya bahawa kenyataannya itu adalah yang terakhir dan kertas siasatan sudah hampir selesai.

Rafizi disiasat berkaitan kandungan kenyataannya yang disiar akhbar The Edge Malaysia yang bertajuk 'Will Rafizi Quit if Selangor is not toppled?'.

Sejumlah Bahan Letupan Ditemui Disembunyikan Di Rumah Pam Raub


Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 10:03 PM
Anggota Polis dari unit pencegahan persenjataan melakukan siasatan awal terhadap penemuan bahan letupan dan alat peletup di salah sebuah stor konkrit di Rumah Pam, Bukit Kolam Air, di sini lewat petang Rabu.
  (Ubah saiz teks)
RAUB: Sejumlah bahan letupan dan alat peletup ditemui disembunyikan dalam empat kotak di salah sebuah stor konkrit di Rumah Pam, Bukit Kolam Air, dekat sini, Selasa.

Bahan letupan yang terdiri daripada sejumlah 600 dinamit yang masih aktif, beberapa gulungan wayar pengecas sepanjang 1700 meter, dan satu kotak berisi detonator itu, ditemui oleh seorang pekerja penyelenggaraan Perbadanan Air Pahang (Paip) ketika melakukan kerja-kerja pembersihan.

Stor itu terletak bersebelahan sebuah stor lain di atas bukit, di kawasan berpagar penyelenggaraan Paip dan dipercayai tertutup dengan semak samun selama ini menyebabkan kewujudan binaan itu tidak disedari.

Al-Shabaab: Pergerakan Tiga Warga Somalia Dipantau Rapi


Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 2:53 PM
Warga Somalia berusia 34 tahun dipercayai anggota kumpulan pengganas Al-Shabaab ditangkap Mei lalu.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pergerakan tiga warga Somalia yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan pengganas Al-Shabaab masih dipantau rapi.


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pemeriksaan yang dilakukan mendapati ketiga-tiga yang dikenal pasti itu masih berada dalam negara ini.

Malah, katanya, hasil pemantauan pihak keselamatan, jumlah warganegara berkenaan yang terbabit dalam kegiatan itu juga belum bertambah.

"Belum ada maklumat terkini mengenai penambahan warga Somalia dalam aktiviti pengganas di negara dan hanya satu tangkapan dibuat pada Mei lalu.

Wednesday 27 August 2014

Polis Rampas Pil Kuda Bernilai Hampir RM1 Juta


Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 4:28 PM
Pil kuda jenis 'yaba' antara yang dirampas mencecah RM1 juta.
  (Ubah saiz teks)
KOTA BAHARU: Polis berjaya membanteras sindiket pengedaran dadah yang dikenali sebagai 'sindiket kuning' berikutan rampasan sejumlah pil kuda jenis 'yaba' yang dianggarkan mencecah hampir RM1 juta, dua hari lepas.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tiga serbuan hampir serentak kira-kira 3 petang itu, pasukan itu juga menahan empat lelaki, seorang perempuan dan seorang kanak-kanak berumur dua tahun.

"Sebanyak 39,817 biji pil yaba yang dianggarkan seberat 4.3 kilogram telah dirampas daripada sindiket itu dengan nilai keseluruhan mencecah RM1 juta.

Lima Polis Suspek Kes Jual Kereta Curi, Dihantar Ke Negeri Sembilan


Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 2:59 PM
Tajuddin Md Isa
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Lima anggota polis yang dipercayai cuba menjual kereta hasil samun daripada seorang warga Indonesia akan dihantar ke Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, berdasarkan semakan maklumat yang diperoleh, pihaknya mendapati kecurian kenderaan itu dilaporkan di negeri itu.

"Siasatan awal akan dijalankan di Kuala Lumpur...kita akan hantar kesemua suspek ke Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Zinin di sini, Selasa.

Saman Salah Guna Kuasa: Khalid, SPRM Selesai Luar Mahkamah


Diterbitkan: Selasa, 26 Ogos 2014 2:01 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Saman yang difailkan Menteri Besar Selangor ,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan kerajaan, diselesaikan di luar mahkamah.

 
Khalid menyaman kedua-dua pihak itu kerana didakwa membayangkan bahawa beliau telah menyalahgunakan kedudukan atas kapasiti peribadinya dan penjawat awam.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng merekodkan penyelesaian itu di dalam kamar yang dihadiri Peguam Kanan Persekutuan Zureen Elina Mohd Dom, mewakili Abu Kassim dan kerajaan serta peguam Khalid, K. Muralidharan.

Tuesday 26 August 2014

Novelis Menang Kes Saman Fitnah Terhadap Pembantunya


Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 4:39 PM
Antara salah satu novel oleh Siti Rosmizah Semail.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang novelis menang dalam kes saman terhadap bekas pembantu peribadinya berhubung kenyataan fitnah yang dimuat naik dalam laman Facebook.

Ini berikutan Mahkamah Tinggi Sivil pada 4 Ogos lepas membenarkan permohonan Siti Rosmizah Semail, 42, untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap defendan Asmaliyana Ahmad, 24, yang juga adik iparnya.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan permohonan novelis yang juga seorang peguam itu berikutan defendan gagal memasukkan kehadiran dalam tempoh yang ditetapkan selepas saman itu difailkan.

Pindah Wang Mangsa MH370: Suami Isteri Diarah Lantik Peguam


Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 1:49 PM
Pegawai bank, Nur Shila Kanan dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas beberapa tuduhan berhubung pengeluaran wang membabitkan RM110,643 dari empat akaun mangsa pesawat MH370. Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer menghadapi tiga pertuduhan.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen pada Isnin memberi tempoh sebulan kepada seorang pegawai bank dan suaminya untuk melantik peguam berhubung kes memindah dan mengeluarkan wang berjumlah RM85,180 daripada akaun milik empat mangsa pesawat Malaysia Airlines MH370, antara Mei dan Julai lepas.
Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Nur Shila Kanan, 33, dan suaminya Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, 33, untuk mereka melantik peguam.
Norsharidah kemudian menetapkan 25 Sept ini untuk sebutan semula kes itu selepas ia disebut di hadapannya.

Rangka Manusia Ditemui Dalam Tangki Kumbahan


Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 7:58 PM
Anggota forensik menjalankan siasatan penemuan rangka manusia lelaki dewasa yang ditemui didalam tangki kumbahan.
  (Ubah saiz teks)
KOTA BAHARU: Satu rangka manusia ditemui dalam tangki kumbahan sebuah rumah di Kampung Pintu Geng di sini, Isnin.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata rangka berkenaan ditemui pekerja sebuah syarikat pembersihan tangki septik pada 9.30 pagi  ketika melakukan kerja pembersihan.

"Siasatan awal mendapati rangka berkenaan dipercayai seorang lelaki dewasa,"katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Menurutnya kes tersebut diklasifikasi sebagai kes bunuh.

Sementara itu, pekerja syarikat pembersihan itu Mohd Salimi Mohmed, 31,berkata dia dan rakannya mula melakukan kerja pembersihan tangki di rumah berkenaan pada Khamis lepas.

"Hari ini, kami teruskan kerja-kerja pembersihan kali kedua dalam tangki sedalam 4.2 meter dan menemukan rangka itu, saya kemudian maklumkan kepada majikan sebelum tuan rumah menelefon pihak polis," katanya.

Polis Sepang Tumpas Tiga Kes Samun Dan Curi Kereta Sepanjang Ogos


Diterbitkan: Isnin, 25 Ogos 2014 4:50 PM
Sindiket curi kereta. Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
SEPANG: Polis Sepang menumpaskan tiga geng samun dan curi kenderaan serta menahan 18 suspek termasuk dua wanita sepanjang Ogos ini, kata Ketua Polis Daerah Sepang,  Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Yusof Awang.

Beliau berkata ketiga-tiga geng itu bukan hanya melakukan kegiatan jenayah di daerah Sepang malah di kawasan berhampiran seperti Putrajaya, Kuala Langat, Kuala Lumpur, Klang serta Port Dickson, Negeri Sembilan.

Geng pertama dikenali sebagai 'Boy Hotel' terdiri daripada empat lelaki berumur antara 25 hingga 41 diberkas di sebuah hotel bajet di Dengkil pada 8 Ogos lepas kira-kira pukul 11 pagi, katanya. 

MP PAS mengaku tak bersalah tuduhan hasutan



MP Shah Alam, Khalid Samad didakwa atas tuduhan menghasut atas kenyataannya yang menggesa agar kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor dihapuskan.

Beliau didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan pagi ini.

Khalid mengaku tidak bersalah dan mahkamah menetapkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.

Sekiranya didapati bersalah, Khalid mungkin dijatuhi hukuman tiga tahun penjara, denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan tarikh 22 September untuk sebutan kes.

Monday 25 August 2014

Pengurus Bank Mengaku Tak Bersalah Ucap Ayat Berbaur Perkauman


Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 5:38 PM
  (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHARU: Seorang pengurus bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Ahad di atas tuduhan mengucapkan ayat berbaur perkauman kepada seorang pekerjanya empat bulan lalu.

Liau Choy Wan, 44 didakwa dengan sengaja mengucapkan ayat berbaur perkauman itu yang membangkitkan kemarahan pekerjanya, Zulkefli Zainal, 49 dan mengetahui perbuatan itu mampu menjejaskan keamanan.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan di Hong Leong Bank Berhad, Aras 5, Wisma Tiong Hua, Jalan Kris, Taman Seri Tebrau di sini pada pukul 6 petang, 8 April lepas.

Jururawat Maut Kemalangan Seminggu Sebelum Kahwin


Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 7:51 PM
  (Ubah saiz teks)
MUAR: Seorang jururawat yang bakal mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos ini terbunuh apabila kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan di Pagoh pada Ahad.
Kemalangan itu berlaku ketika Amirah Abdul Rahim, 25, dalam perjalanan dari rumahnya di Rengit, Batu Pahat menuju ke tempat kerjanya di Klinik Kesihatan Bukit Gambir, Ledang, kira-kira 7 pagi.
Ketua Polis Muar, ACP Azman Ayob berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri.

'Kita Akan Tangkap Muktadil Bersaudara' - Pesuruhjaya Polis Sabah


Diterbitkan: Ahad, 24 Ogos 2014 5:20 PM
muktadil
Muktadil bersaudara.
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Polis mempunyai strategi untuk menangkap tiga penculik dan pembunuh yang berpangkalan di Pulau Tawi-Tawi, yang melarikan diri ke negara mereka di Filipina selepas menceroboh perairan Sabah.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, ketiga-tiga mereka melarikan diri selepas mengelak daripada ditangkap apabila mereka dikesan di Pulau Maiga di perairan Semporna pada kira-kira pukul 5.30 petang Khamis.
"Kita mempunyai strategi kita mengenai bagaimana untuk menangkap mereka," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Friday 22 August 2014

Anggota Keselamatan Buru Tiga Suspek Penceroboh Di Semporna


Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 4:23 PM
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Anggota keselamatan Malaysia sedang memburu tiga suspek penceroboh selepas mereka dikesan memasuki perairan Semporna lewat malam Khamis.
Sebuah kapal peronda Malaysia mengesan sebuah bot dinaiki tiga individu kira-kira pukul 5.45 petang di antara perairan Pulau Tanjung Sironggol dan Pulau Maiga.

Anggota keselamatan yang berada di atas kapal peronda tersebut mengejar dan cuba memintas bot terbabit yang dipercayai menggunakan enjin sangkut 60 kuasa kuda.

Apabila kapal peronda menghampiri bot tersebut pada jarak 20 meter, bot terbabit menghala ke perairan cetek dekat Pulau Maiga.