Wednesday 30 July 2014

Tiga Rakan Didakwa Miliki Kontena Berisi Cakera Keras


Diterbitkan: Jumaat, 25 Julai 2014 8:50 PM
  (Ubah saiz teks)
KLANG: Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini  Jumaat  atas pertuduhan memiliki sebuah kontena mengandungi cakera keras bernilai AS$1.5 juta (RM4.77 juta) pada minggu lepas.

Mohd Khairul Nizam Halimin, 28, Zaireen Irwan Yahaya, 39, dan Mohd Ferdaus Yusoff, 30, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Ketiga-tiga lelaki itu didakwa memiliki sebuah kontena mengandungi cakera keras milik Western Digital di Jalan Sellathevan Off Jalan Kampung Jawa, Seksyen 36 di sini, pada pukul 10 malam, 18 Julai lepas.

Mohd Khairul Nizam, pemandu lori, Zaireen Irwan, jurulatih memandu dan Mohd Ferdaus, sub kontraktor, didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Md Nor yang mengendalikan pendakwaan tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh memandangkan barangan curi yang mereka miliki mempunyai nilai tinggi.

MIC, PPP Buat Laporan Polis Terhadap Kenyataan Shahul Hameed


Diterbitkan: Rabu, 30 Julai 2014 4:40 PM
Shahul Hameed
  (Ubah saiz teks)
GEORGE TOWN: Tiga puluh wakil MIC, PPP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan Hindu pada Rabu membuat laporan polis terhadap seorang penceramah bebas kerana didakwa mengeluarkan kenyataan provokasi berunsur rasis semasa berceramah.
Tiga puluh orang yang mewakili sayap Wanita, Pemuda dan Putera MIC, PPP dan NGO Hindu membuat laporan ke atas Shahul Hameed Seeni Mohd di Balai Polis Jalan Patani di sini.
Ketua Putera MIC negeri, N.G Senthelnathan berkata mereka mahu polis menjalankan siasatan dan mahu Shahul Hameed berhenti daripada mengadakan sebarang ceramah sehingga siasatan selesai.
"Tidak salah kalau mahu berceramah berkenaan agama Islam tetapi beliau jangan menyentuh agama lain," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Ketua Pemuda MIC negeri, A. Murugan menegaskan pihaknya menolak permohonan maaf Shahul Hameed berhubung insiden itu kerana mahu tindakan tegas diambil ke atasnya.

Pekerja Syarikat Balak Nyaris Maut Gajah Naik Minyak


Diterbitkan: Selasa, 29 Julai 2014 7:51 PM
  (Ubah saiz teks)
JERANTUT: Dua pekerja syarikat pembalakan di Hutan Kampung Bukit Harimau nyaris maut apabila bangsal kongsi mereka dimusnah oleh sekumpulan gajah liar yang naik minyak, Isnin.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4 pagi ketika tukang masak, Lee Kam Foo, 56, dan Simak Lambak, 43, seorang pengawal, sedang tidur di bahagian tengah bangsal berkenaan.

Menurut Lee, ketika itu beliau bangun untuk membuang air kecil, sebelum tiba-tiba kedengaran bising di bahagian belakang bangsal itu.

"Sebaik saya menyuluh ke arah bunyi itu saya dapati sekumpulan lima hingga tujuh ekor gajah liar sedang memakan tanaman ubi kayu, pisang dan meranapkan bahagian dapur tempat memasak di bangsal itu.

Friday 25 July 2014

Bayi Antara 15 Maut Dalam Serangan Israel Ke Atas Sekolah Di Gaza


Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 10:01 PM
Seorang lelaki rakyat Palestin membawa mayat seorang bayi berusia setahun yang merupakan antara 15 terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah sekolah di Beit Hanoun di utara Gaza pada Khamis. Foto AP
  (Ubah saiz teks)
KEMASKINI
BANDAR GAZA (Wilayah Palestin): Sekurang-kurangnya 15 orang termasuk seorang bayi terbunuh apabila sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diserang Israel di utara Gaza pada Khamis.
Jurucakap perkhimatan kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, jumlah kematian boleh mencecah sehingga 15 orang dan lebih ramai yang cedera dalam kejadian itu.
Difahamkan, jumlah mereka yang cedera kira-kira 200 orang.
Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai mangsa serangan, tetapi seorang wartawan AFP yang berada dekat rumah mayat berkata, mayat-mayat yang tiba dari tempat kejadian termasuk seorang ibu dan bayinya yang berusia setahun.

Ahli Perniagaan Dakwa Dirompak Wang Gaji RM100,000


Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 4:28 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan berusia 30-an mendakwa beliau dirompak wang tunai berjumlah kira-kira RM100,000 di Bandar Sri Damansara pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata, wang itu baru sahaja dikeluarkannya dari sebuah bank di Kota Kemuning, Shah Alam.
"Mangsa kemudiannya pergi pula ke sebuah bank lain di Bandar Sri Damansara. Apabila dia kembali ke keretanya, dia mendapati cermin tingkap penumpang di bahagian hadapan telah dipecahkan dan beg berisi wang itu telah dilarikan," katanya kepadaBernama.
Azmi berkata, menurut mangsa, tiada sebarang saksi ketika kejadian 2 petang itu.
Mangsa memberitahu wang itu adalah untuk membayar gaji pekerjanya.

Bot Pancung Bawa 28 Penumpang Karam Di Tanjung Ketapang - APMM


Diterbitkan: Khamis, 24 Julai 2014 4:00 PM
Gambar hiasan.
  (Ubah saiz teks)
KEMASKINI
JOHOR BAHRU: Sebuah bot pancung membawa 28 penumpang karam di kedudukan 15 batu nautika barat daya Tanjung Ketapang, Muar pagi Khamis, menurut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan.
Ketua Pengarah Operasi Maritim APMM, Kapten Maritim Ibrahim Mohamed berkata, maklumat tentang kejadian itu diterima oleh VTS Klang, Bahagian Keselamatan Pelayaran, Jabatan Laut Semenanjanung Malaysia di Pelabuhan Klang.

Wednesday 23 July 2014

Mahkamah Benarkan 2 Kes Yazid Sufaat Dibicara Bersama


Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 4:58 PM
Yazid Sufaat
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan kes bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dan pembantu kafetaria, Muhammad Hilmi Hasim berhubung tindakan menyokong dan bersuhabat dalam kegiatan pengganas di Syria serta menjadi anggota kumpulan pengganas, Tanzim al-Qaeda, dibicarakan bersama.


Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar supaya kedua-dua kes itu dibicara bersama di mahkamah sama.

Shukor berkata, ia berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 Julai lalu yang memerintahkan kedua-dua kes berkenaan dikembalikan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 14 Ogos ini untuk mendengar semula kedua-dua pertuduhan.

Sebelum ini, kes Yazid dan Muhammad Hilmi dituduh menyokong dan bersuhabat dalam aktiviti pengganas di Syria didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim manakala bagi pertuduhan menjadi anggota kumpulan pengganas Tanzim al-Qaeda didengar di hadapan Mohd Azman.

Ops Selamat 5: Sabar, Elak Guna Lorong Kecemasan - Mohd Fuad


Diterbitkan: Rabu, 23 Julai 2014 1:30 AM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff menegaskan kepada pengguna jalan raya supaya banyak bersabar dan tidak menggunakan lorong kecemasan ketika pulang berhari raya.

Hujung minggu ini, semua lebuhraya serta jalan di bandar utama dijangka sesak dengan pengguna yang akan pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

“Kami telah melancarkan Operasi Selamat 5 di seluruh negara bermula Isnin (21 Julai) sehingga 4 Ogos ini dan tumpuan utama di semua lebuhraya dan juga jalan-jalan bandar.

“Dalam masa sama juga, pegawai trafik akan membuat rondaan seperti biasa di jalan-jalan lain bagi memastikan tidak ada sebarang peraturan jalan raya dilanggar pengguna,” jelasnya kepada mStar Online.

Tiga Beradik Cedera Akibat Sifat Panas Baran Abang Sulung



Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 3:23 PM
Tiga bersaudara cedera akibat kemarahan abang sulung. Gambar Hiasan
  (Ubah saiz teks)
BESUT: Tiga beradik cedera selepas terbabit dalam pergelutan berikutan sikap panas baran seorang daripada mereka.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, abang sulung daripada tiga beradik itu telah menyerang dua adik lelakinya selepas marah dengan tindakan mereka yang mahu membawa isterinya menziarahi anaknya yang sakit di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian, Kota Baharu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, DSP Noorzainy Mohd Noor berkata, abang sulung berusia 40-an telah memaki hamun dan menyerang adiknya masing-masing berumur 37 dan 30-an menggunakan batang besi hingga menyebabkan pergelutan berlaku.

Tuesday 22 July 2014

Pegawai Imigresen Diburu Terlibat Pemalsuan Dokumen Pekerja Asing


Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 8:33 AM
Abdul Jalil Hassan (tengah) menunjukkan uniform dan lencana pegawai Imigresen yang digunakan oleh sindiket penipuan dan pemalsuan dokumen permit kerja warga asing. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI / THE STAR
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Imigresen antara yang diburu polis kerana dipercayai terbabit dalam sindiket penipuan dan pemalsuan dokumen permit kerja warga asing membabitkan kerugian RM3 juta. 
Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, dalam Ops Levi di sekitar Lembah Klang pada Ahad, suspek berusia 34 tahun, yang beralamat di Seri Kembangan telah menghilangkan diri. 
Turut diburu, seorang individu awam berusia 39 tahun dipercayai tinggal di Seksyen 15, Shah Alam. 
"Dalam operasi semalam, kami berjaya menahan lapan lelaki warga tempatan, dua wanita warga Thailand, seorang warga Indonesia bertaraf pemastautin tetap, berusia lingkungan 28 hingga 56 tahun. 

Kiki Mengaku Bersalah, Kena Denda RM5,000, Kerja Komuniti 240 Jam


Diterbitkan: Selasa, 22 Julai 2014 1:01 PM
Kiki (kanan) naik berang selepas keretanya dilanggar warga emas.
  (Ubah saiz teks)
KUANTAN: Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau Kiki, yang didakwa kerana bertindak ganas dengan membuli seorang warga emas, Isnin lalu didenda RM5,000, selain melakukan kerja komuniti selama 240 jam oleh Mahkamah Sesyen, di sini Selasa.
Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin membuat ketetapan itu selepas tertuduh yang berusia 30 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kerosakan terhadap kereta jenis Toyata milik warga emas, Sim Siak Hong, 68, di hadapan Pusat Transformasi Bandar (UTC), dekat sini, pada 14 Julai lalu.

Kiki ditahan pada pukul 4 petang, Khamis lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan lewat malam hari yang sama selepas pihak polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikannya.

SPAD Pantau Dua Kumpulan Pengendali Teksi Haram - Syed Hamid


Diterbitkan: Isnin, 21 Julai 2014 1:26 PM
Syed Hamid Albar
Syed Hamid Albar.
  (Ubah saiz teks)
JOHOR BAHRU: Dua kumpulan pengendali perkhidmatan teksi yang dipercayai beroperasi secara haram kini dipantau Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.
Beroperasi secara tempahan menggunakan aplikasi dalam talian, perkhidmatan teksi yang menggunakan kenderaan persendirian itu dipercayai dikendalikan oleh sesetengah pihak dari luar negara, katanya.
"Perkhidmatan teksi yang mereka berikan ini kononnya mengatasi mana-mana sistem dan mendakwa tidak berada di bawah bidang kuasa SPAD.

Tiga Lemas, Enam Selamat Tongkang Karam Dekat Batam


Diterbitkan: Ahad, 20 Julai 2014 11:47 PM
  (Ubah saiz teks)
SINGAPURA: Tiga orang termasuk seorang warga Singapura dipercayai lemas apabila sebuah tongkang yang didaftarkan di Singapura, Posh Mogami, karam di perairan dua batu nautika timur laut Sekupang, Batam, pada Jumaat.

Dua lagi adalah warganegara China dan rakyat Myanmar.

Dalam kenyataan pada Ahad, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata sembilan orang berada di dalam tongkang itu ketika insiden itu berlaku pada Jumaat.

Tongkang boleh separa tenggelam itu dilaporkan sedang melakukan percubaan untuk masuk ke dalam laut semasa kejadian berlaku.

EssCom Tahan 69 Nelayan, 11 Bot Hari Kedua Perintah Berkurung


Diterbitkan: Isnin, 21 Julai 2014 8:31 PM
  (Ubah saiz teks)
LAHAD DATU: Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (EssCom) menahan 69 nelayan termasuk 10 wanita dan 11 bot di sekitar perairan Sandakan, Lahad Datu dan Semporna kerana melanggar perintah berkurung pada hari kedua pelaksanaan perintah itu.

Komander ESSCom, Datuk Abdul Rashid Harun berkata tujuh daripada 11 bot itu ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) manakala selebihnya oleh Pasukan Polis Marin.

"Kita tahan mereka (nelayan) kerana berada di kawasan larangan semasa perintah berkurung dikuatkuasakan dari 6 petang semalam hingga 6 pagi tadi.

Monday 21 July 2014

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan TV3 Semak Keputusan Kes Saman Fitnah



Diterbitkan: Khamis, 17 Julai 2014 8:52 PM
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menolak permohonan oleh Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) bagi menyemak semula keputusannya yang mendapati stesen televisyen itu bertanggungjawab memfitnah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung tweet beliau berkaitan nombor pendaftaran kenderaan WWW1, milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dua tahun lepas.

Panel tiga anggota yang dipengerusikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif memberitahu peguam T.H.Liew, yang mewakili TV3, supaya merujuk kembali perkara itu ke Mahkamah Persekutuan berhubung dengan permohonan bagi kebenaran untuk mengemukakan rayuan.

"Kamu tidak boleh membuat permohonan dua penjuru sedangkan kamu juga mengemukakan permohonan berasingan di Mahkamah Persekutuan," kata Hakim Md Raus ketika menolak permohonan bagi semakan.