Sunday 30 March 2014

Keputusan Permohonan Abdul Hadi Ketepi Perintah Penghakiman Ingkar 14 April


Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 2:49 PM
Abdul Hadi Awang
  (Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU: Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menetapkan 14 April bagi keputusan permohonan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengetepikan perintah penghakiman ingkar berhubung kes saman fitnah RM2 juta oleh bekas calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.

Keputusan itu dibuat selepas Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu Mohamad Nasrudin Mohamed, memberi tempoh kepada plaintif, Mohd Shamsul yang diwakili peguam A. Vasudevan menfailkan afidavit balasan yang dikemukakan pihak defendan.

Abdul Hadi yang merupakan anggota Parlimen Marang dinamakan sebagai defendan, tidak hadir di mahkamah hari ini, beliau diwakili peguamnya, Asmuni Awi manakala plaintif hadir di mahkamah.

Shalwati Kemungkinan Besar Tidak Cabar Keputusan Mahkamah - Peguam


Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 9:06 AM
Shalwati (kiri) dan Azizul akan menjalani tempoh hukuman penjara yang lebih pendek dengan kelakuan baik.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Kerajaan akan membantu Azizul Raheem Awalluddin dan Shalwati Norshal di Sweden jika mereka mahu mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap mereka, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

"Semuanya terpulang kepada mereka, sama ada mahu merayu, tetapi kami bersedia untuk membantu mereka," katanya.

Anifah berkata, bagaimanapun, Malaysia menghormati keputusan Mahkamah Daerah Solna yang mendapati Azizul, Pengarah Pelancongan Malaysia di Sweden dan isterinya bersalah.

Pasangan Suami Isteri Ditemui Mati Dengan Kesan Kelar, Anjing Peliharaan Dibunuh


Diterbitkan: Ahad, 30 Mac 2014 1:54 PM
Selvam (kiri) bersama isterinya Anita
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pasangan suami isteri ditemui mati dengan leher dikelar di flat mereka di Kampung Muhibbah pada Sabtu.

Difahamkan, dalam kejadian pukul 11 malam di Blok C Projek Perumahan Rakyat Muhibbah, suami kepada wanita terbabit telah mengelar leher isterinya selepas berlaku pertengkaran sebelum mengambil nyawanya sendiri.

Mayat pasangan itu yang berlumuran darah ditemui bergelimpangan di atas lantai di dalam bilik dengan dua ekor anjing peliharaan mereka turut dibunuh.

Friday 28 March 2014

Dua Lelaki Cedera Disimpah Asid Oleh Rakan


Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 7:53 PM
  (Ubah saiz teks)
PASIR PUTEH: Dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 tahun cedera selepas disimbah asid oleh seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Banggol Pak Esah di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Mohd Kamal Zainal berkata kejadian berlaku pukul 10.15 malam ketika kedua-duanya iaitu Tuan Zulashraf Tuan Yaacob, 14, dan Emi Azman, 22, berada di sebuah gerai menjual burger.

Kassim Ahmad Didakwa Atas Tuduhan Menghina Islam


Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 1:05 PM
kassim ahmad
Kassim Ahmad (kiri)
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Bekas aktivis politik dan sosial Dr Kassim Ahmad mengaku tidak bersalah pada Khamis di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya terhadap dua pertuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama.

Kassim, 81, didakwa melakukan perkara itu dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8 di sini pada 15 dan 16 Februari lepas.

Bagi pertuduhan pertama Kassim didakwa membentangkan satu skrip ucapan bertajuk 'Ucapan kepada Konferensi Politik Nasional Untuk Menentukan Hala Tuju Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' yang didakwa menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina dengan cara mencemuh amalan yang berhubungan dengan Islam.

Inspektor Polis Didakwa Terima Rasuah


Diterbitkan: Khamis, 27 Mac 2014 9:15 PM
  (Ubah saiz teks)
SHAH ALAM: Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima rasuah daripada warga asing pada bulan Mac lepas.
Inspektor Raja Mohamad Izzudin Raja Kamarulzaman, 30, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, didakwa menerima suapan RM10,000 daripada seorang warga Bangladesh Md Harun UR Rashid sebagai dorongan melepaskan rakannya, Nazrul Islam, daripada tindakan pengusiran oleh Jabatan Imigresen.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Serdang pada 8.45 malam 14 Mac lepas mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694).

Kes bekas sultanah di mahkamah tertutup




Mahkamah Rayuan Syariah Johor hari ini mengarahkan prosiding rayuan perceraian bekas Sultanah Johor Tuanku Zanariah Tuanku Ahmad dijalankan di mahkamah tertutup.

Keadaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Mahkamah juga tidak membenarkan putera dan puteri almarhum sultan Johor Mahmud Iskandar, sebagai contoh Tuanku Masera dan saudaranya, hadir dalam mahkamah.

Tuanku Zanariah, yang memfailkan permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Johor yang mengesahkan perceraian itu, tidak dapat hadir kerana tidak sihat dan mahu diwakili puterinya.

Wednesday 26 March 2014

Juruteknik Mesin ATM Mengaku Tidak Bersalah Curi RM80,850


Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 5:19 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik mesin pengeluaran wang automatik (ATM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mencuri RM80,850 daripada mesin ATM Maybank pada 7 Mac lepas.
Hamdan Abu Hussin, 27, yang bekerja dengan G4S Safeguard, didakwa melakukan perbuatan itu di ruang legar Bangunan JPN, Presint 2, Putrajaya pada 3.20 petang mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Hakim, Norsharidah Awang membenarkan Hamdan diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 April untuk sebutan kes.

Bunuh Rakan Sekampung, Empat Lelaki Ditahan


Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 1:55 PM
  (Ubah saiz teks)
JERANTUT: Empat lelaki diberkas polis pada malam Isnin dipercayai terbabit dalam pergaduhan menyebabkan seorang rakan sekampung mereka terbunuh.
Mangsa, Mohd Sabri Yazid, 33, bekerja sendiri dan menetap di Felda Padang Piol di sini disahkan meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh pada 7 malam.

TEMUDUGA TERBAIK DALAM HIDUP KITA

Kepada Semua Sahabat Pesuruhjaya Sumpah (Persendirian)
yang menjalani sessi Temuduga pada hari ini dan seterusnya
buatlah yang terbaik dalam sessi tersebut.  Saya dengan
ikhlas mendoakan semuga Sahabat semua berjaya
dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah dan bertugas
dengan penuh didikasi, amanah  dan rasa tanggungjawab.
Remba@pjs

Dua Bayi Baharu Lahir Dibunuh


Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 9:02 PM
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah Indonesia berusia 26 tahun ditahan kerana didakwa membunuh anaknya yang baharu lahir menggunakan gunting pada Ahad.
Difahamkan wanita itu dibawa ke Hospital Serdang pada waktu tengah malam selepas dia mendapatkan bantuan daripada majikannya selepas mengadu sakit di bahagian abdomen.
Selepas menjalani pemeriksaan doktor, wanita itu membuat pengakuan bahawa dia melahirkan anaknya sendiri. Tetapi dia mendakwa telah mengepam anaknya yang baharu lain ke dalam tandas.
Satu laporan polis dibuat oleh doktor dan polis membuat siasatan di rumah majikan wanita itu di Taman Bukit Kajang Baru.

Tuesday 25 March 2014

529 penyokong Morsi dihukum mati



Mahkamah di Mesir menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi.

Mereka didapati bersalah atas tuduhan termasuk menyerang dan membunuh anggota polis, lapor BBC.

Kumpulan itu, anggota Ikhwanul Muslimin yang diharamkan, sebahagian daripada perbicaraan lebih besar melibatkan lebih 1,200 penyokong Morsi.

Karpal Singh Fail Notis Rayuan Berhubung Kes Hasutan


Diterbitkan: Selasa, 25 Mac 2014 12:23 AM
Karpal Singh.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP Karpal Singh memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi hukuman denda RM4,000 bagi pertuduhan menghasut kerana mempersoal tindakan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009.
Peguam Zaleha Al-Hayat, yang mewakili Karpal Singh, ketika dihubungi berkata, notis itu difail di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi di sini Selasa.
"Salinan sudah diserah kepada Peguam Negara dan Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan," katanya.

Monday 24 March 2014

Pelajar Maut, Bas Sekolah Terbabas Di Hulu Langat


Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 5:12 PM
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Seorang pelajar terbunuh manakala empat yang lain cedera selepas sebuah bas sekolah yang membawa 34 pelajar, terbabas dan terbalik dekat di Kg Nanding, Hulu Langat pada Isnin. 
Pelajar yang terbunuh dikenal pasti sebagai Chin Yeong Peng, 17, yang ditemui di bawah bangkai bas berkenaan.
Kesemua pelajar dari sebuah sekolah menengah Petaling Jaya, yang sedang terlibat dengan satu rombongan sekolah.
Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, kumpulan pelajar itu bersama dengan seorang guru dalam perjalanan pulang dari Lembah Azwen Resort selepas menyertai satu kem kepimpinan.
Beliau berkata, bas itu meneruni cerun yang curam pada kira-kira pukul 1.20 petang dan pemandu cuba untuk mengawal daripada terbabas ke dalam cerun ketika ianya terbalik.

Mahkamah Persekutuan Arah Bekas CEO Sime Darby Dibicara Atas Tuduhan CBT, Tipu


Diterbitkan: Isnin, 24 Mac 2014 7:36 PM
Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid
Ahmad Zubair Murshid (tengah).
  (Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan memerintahkan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Berhad, Datuk Seri Ahmad Zubair Murshid dibicarakan di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah jenayah dan menipu.
Panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif membuat keputusan itu selepas sebulat suara menolak rayuan Ahmad Zubair bagi membatalkan kesemua pertuduhan terhadapnya.
Md Raus mengarahkan kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk perbicaraan dan menetapkan 7 April sebagai sebutan kes.
Turut menganggotai panel itu ialah Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Zainun Ali dan Datuk Mohamed Apandi Ali.

Sunday 23 March 2014

Polis Rampas Pil Kuda Bernilai Hampir RM300,000 Dan Wang Tunai Rm90,000


Diterbitkan: Ahad, 23 Mac 2014 3:36 PM
  (Ubah saiz teks)
PASIR MAS: Polis merampas sebanyak 14,800 biji pil kuda dianggarkan berharga RM296,000 dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Sri Rantau, Rantau Panjang di sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata selain itu polis turut merampas wang tunai berjumlah RM90,000 dalam serbuan pukul 4 petang Khamis lepas dan menahan dua lelaki berumur 38 dan 42 tahun selepas pergelutan.

"Kesemua pil khayal jenis WY itu dianggarkan bernilai RM296,000 pada harga pasaran yang dipercayai diseludup masuk untuk pasaran tempatan.

Saturday 22 March 2014

Tiga Beranak Disamun Lelaki Bersenjata Parang


Diterbitkan: Sabtu, 22 Mac 2014 9:16 PM
  (Ubah saiz teks)
KUANTAN: Tiga beranak berdepan dengan detik cemas apabila disamun oleh empat lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di kedai runcit milik mereka di Kampung Huma, Pekan Awah, Maran malam Sabtu.
Ketua Polis Daerah Maran DSP Sulaiman A Hamid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu si suami, 58, dan isterinya, 56, bersama seorang anak lelaki mereka berusia 15 tahun turut diugut untuk dicederakan dengan parang sebelum mereka diikat.
"Ketika sedang berada di dalam kedai itu, empat lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba meluru masuk dan terus mengacukan senjatan itu ke arah mereka.

Polis Tembak Mati Dua Suspek Dipercayai Geng 21


Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 8:17 AM
  (Ubah saiz teks)
KAJANG: Polis menembak mati dua suspek dipercayai ahli kumpulan Geng 21 dalam kejadian tembak menembak berhampiran sebuah tapak pembinaan di Ara Damansara, di Selangor malam Selasa.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kejadian itu berlaku 10.50 malam apabila suspek yang menaiki sebuah kereta Proton Wira Aeroback, melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis yang mengejar mereka selepas mendapati mereka terperangkap di jalan mati.

Sepasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor itu membalas tembakan dan menembak mati suspek, katanya kepada pemberita di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang di sini Rabu.

Peniaga Dituduh Bunuh Wanita Perancis Diperintah Bela Diri


Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 3:06 PM
Stephanie Foray.
  (Ubah saiz teks)
KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memerintahkan peniaga kecil Asni Omar membela diri atas pertuduhan membunuh wanita warga Perancis, Stephanie Foray di Pulau Tioman pada Mei 2011.

Hakim Datuk Mariana Yahya membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh yang didakwa berbuat demikian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tekek.

Katanya mahkamah telah menilai sepenuhnya keterangan 44 saksi yang memberi keterangan antara 17 Mei hingga 20 Dis tahun lepas dan mendapati kredibiliti mereka tidak tergugat, nyata dan tidak janggal apabila disoal balas oleh pihak pendakwaan.

Bekas Penolong Pengarah Pejabat Tanah Dihukum Penjara 18 Bulan Kerana Rasuah


Diterbitkan: Jumaat, 21 Mac 2014 7:42 PM
  (Ubah saiz teks)
MELAKA: Seorang bekas penolong pengarah sebuah jabatan kerajaan di sini dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dan denda RM25,000 atau 12 bulan penjara jika gagal membayar denda oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat kerana kesalahan menerima suapan RM5,000 kira-kira tiga tahun lepas.

Hakim Ahmad Sazali Omar mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas Lilyhanah Abdul Salam, 31, seorang penolong pengarah Unit Pengambilan Tanah, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Melaka.

Friday 21 March 2014

Pereka Landskap Dituduh Bersabit Dadah Terlepas Hukuman Gantung


Diterbitkan: Khamis, 20 Mac 2014 10:49 PM
Abdul Aziz Zainol Abidin, 28 (kiri) diiring keluar dari dewan perbicaraan selepas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zaki Abdul Wahab memutuskan dia dibebaskan dari hukuman gantung di Mahkamah Tinggi Kangar dekat Kangar, Khamis. -fotoBERNAMA
  (Ubah saiz teks)
KANGAR: Seorang pereka lanskap berusia 28 tahun terlepas hukuman gantung apabila Mahkamah Tinggi Kangar pada Khamis membebaskan dan melepaskan dia dari tuduhan mengedar dan memiliki dadah, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membuat keputusan itu berikutan kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Aziz Zainol Abidin.

Mengikut kertas pertuduhan Abdul Aziz didakwa mengedar dan memiliki dadah pada 18 Sept 2012 pada kira-kira pukul 2.05 petang di Kompleks Jeti Kuala Perlis, Kangar.

Bagi pertuduhan pertama, dia dituduh mengedar dadah berbahaya seberat 20.5 gram (11.6 gram heroin dan 8.9 gram monoacetylmorphines) dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.