Wednesday, 31 October 2012

Pesuruhjaya Sumpah Pegawai Kerajaan /Pegawai Awam

Pegawai Kerajaan/ Pegawai Awam

Semua pegawai awam yang berminat untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah (Pegawai Awam), boleh membuat permohonan kepada Ketua Hakim Negara dan sebelum membuat permohonan sila jawab persoalan-persoalan seperti dibawah.

Persoalan Pertama?
Adakah tempat pegawai bertugas tersebut ada keperluan Akuan Sumpah?, 
Contohnya Jabatan-Jabatan yang ada keperluan:  Jabatan Imigresen, Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain jabatan dan kementerian yang lain.

Persoalan Kedua?
Adakah ketua Jabatan tempat anda bertugas akan menyokong ?
Anda perlu memastikan permohonan yang dibuat mendapat sokongan dari ketua jabatan tempat anda bertugas kerana semasa permohonan dikemukakan kepada KHN, Surat iringan  tersebut adalah dari jabatan tempat anda bertugas dan ditanda tangani oleh ketua jabatan anda.

Persoalan Ketiga?
Sanggupkah anda mempunyai satu lagi tugas selain tugas hakiki anda yang sedia ada?. Anda tidak boleh membuat alasan tidak laksanakan tugas hakiki kerana telah dilantik sebagai PJS. Lantikan PJS adalah sebagai khidmat anda sebagai tugas tambahan kepada jabatan anda dan jabatan sekitar anda dan orang awam.

Persoalan Keempat?
Sanggupkah anda mematuhi dan memahami Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993?
Hanya orang yang sanggup memahami dan mematuhi kaedah-kaedah di atas yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah.

Maka, sekiranya jawapan persoalan di atas ada YES!, maka anda boleh membuat permohonan dan sila baca faedah-faedah menjadi Pesuruhjaya Sumpah Pegawai Awam dalam komen saya dibawah.
Wassalam. 
remba@pjs 


11 comments:

  1. Salam Sahabat
    Bagi saya, terdapat banyak sangat faedah jika anda dapat dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah, diantaranya:
    1. Anda patut berbangga kerana PJS dan Sijil Perlantikan di berikan oleh Ketua Hakim Negara.
    2. Tugas murni dalan membantu mahkamah dalam pematuhan undang-undang akuan berkanun dan avidavit.
    3. Pengetahuan baru dalam undang-undang yang sangat luas persoalanya.
    4. Membantu rakyat dalam akuan sumpah dan afidavit.
    5. Keseronokan bertugas kerana anda ada tugas yang lain yang mencabar selain tugas hakiki.
    6. Anda akan berminat tentang undang-undang walaupun sebelumnya adalah sebaliknya.
    7. Anda akan menjadi group Pesuruhjaya Sumpah dan dapat berkongsi ilmu.
    8. Pengalaman yang sangat berharga dan akan diteruskan selepas anda berpencen.
    9. Elaun RM 120 sebulan.
    10. Dan lain-lain faedah yang anda sendiri akan rasakan.

    Macamana? boleh....... komen seterusnya cara membuat permohonan.

    ReplyDelete
  2. Cara Membuat Permohonan
    1. Klik Oldpost saya pada 23.9.2012 atas tajuk Permohonan Menjadi Pesuruhjaya Sumpah baca dan sekiranya telah faham ke step yang kedua.

    2. Klik Oldpost saya pada 24.9.2012 dan download borang permohonan PJS.

    Step seterusnya dalam komen seterusnya.

    ReplyDelete
  3. Dokumen Permohonan:
    Sijil SPM. Setiap pemohon mesti melampirkan sijil SPM kerana itu ialah syarat minimun yang diperlukan. Sekiranya anda ada Diploma dan Ijazah ia merupakan nilai tambah yang melihatkan kehebatan pemohon tersebut. Sekiranya sijil hilang, sila pergi ke Kementerian Pelajaran Putrajaya untuk mendapatkan salinan sijil dengan bayaran RM10.

    Satu Salinan Surat Pengesahan Jawatan
    Setiap orang mesti ada salinan tersebut dalam fail perkhidmatan masing-masing dan hanya fotostat dan lampirkan sahaja.

    Satu Salinan Pengesahan Rasmi Jabatan Insolvensi
    Anda kena pergi ke mana-mana pejabat Insolvensi dengan bayaran RM 10 untuk mendapatkan Sijil yang mengatakan bahawa anda bukan seorang yang telah diperintahkan bankrup oleh mahkamah dan lampirkan bersama. Di Putrajaya di Pejabat Insolvensi, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM berdekatan dengan Masjid Besi Presint 3.

    Seterusnya dalam komen di bawah.

    ReplyDelete
  4. Dua Perakuan Berkelakuan baik:

    1. Perakuan Kelakuan baik dari Ketua Jabatan Semasa atau dikatakan sokongan beliau. Mestilahlah gunakan latterhead jabatan anda.

    2. Perakuan dari seorang lagi Pegawai yang lebih kanan dari anda juga gunakan latterhead jabatan.

    Contoh Perakuan:

    Latterhead Jabatan
    Tarikh:
    -----------------
    YAA Ketua Hakim Negara
    Mahkamah Persekutuan Malaysia
    Istana Kehakiman
    62506 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

    YAA Tun,

    Perkara : Perakuan Kelakuan Baik
    Ahad bin Isnin
    No Kad Pengenalan: 020304-03-2000

    Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa, pemohon di atas ialah Ketua Kerani dibahagian ini. Saya telah mengenali beliau sejak 15 tahun yang lalu dan dari pemerhatian saya, didapati pemohon seorang yang berkelakuan baik dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang ada dan telah beberapa kali dianugerahkan perkhidmatan cemerlang dijabatan ini.

    Di atas permohonan beliau untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah dijabatan ini, mendapat sokongan dari saya kerana di jabatan ini memang terdepat keperluan akuan sumpah dari kakitangan dan orang awam yang berurusan dengan jabatan ini.
    Sekian, wassalam

    Saya yg menurut Perintah,


    (RABU BIN JUMAAT))
    Ketua Jabatan Undang-Undang
    Kementerian Luar Negeri

    ReplyDelete
  5. Borang Tapisan Keselamatan:

    Borang tersebut tak perlu diisikan kepada pemohon dari Pegawai Kerajaan/ Pegawai Awam.

    Borang 1 (Borang Permohonan)

    Mestilah diisikan dengan lengkap terutama Alamat tempat perniagaan/ tempat jabatan masing-masing untuk jalankan PJS tersebut. Kelulusan akedamik mestilah yang awal sekali ialah SPM/MCE dan sebagainya yang sama taraf.

    Penting:
    Lesen untuk pegawai awam tidak dikenakan bayaran maka RM 240 atau RM 120 itu abaikan sahaja. Bayaran tersebut dikenakan untuk pemohon PJS Persendirian, itupun dibayar selepas berjaya dalam temuduga.

    Dimana Dokumen Permohonan hendak dihantar?.... komen seterusnya

    ReplyDelete
  6. Akuan Berkanun Pemohon

    Setiap pemohon mestilah mengangkat sumpah seperti borang yang disediakan. Akuan sumpah tersebut mestilah dibuat dihadapan Pesuruhjaya Sumpah yang ada lesen yang sah.

    ReplyDelete
  7. Setelah semua dokumen telah tersedia, maka anda sendiri datang menyerahkan dokumen permohonan tersebut kepada:

    Bahagian Pesuruhjaya Sumpah
    Mahkamah Persekutuan Malaysia
    Istana Kehakiman
    Presint 3
    Putrajaya.
    Dokumen tersebut akan diproses dengan segera dan anda tunggu surat yang menyatakan permohonan anda telah diterima dan mereka memberikan no rujukkan.

    Apakah langkah seterusnya?.....tunggu dalam komen saya di bawah.

    ReplyDelete
  8. Salam Sahabat:
    Sekiranya anda dapat surat dari mahkamah yang menyatakan bahawa permohonan anda sebagai Pesuruhjaya Sumpah telah diterima, lengkap dan diberikan nombor rujukkan maka step pertama anda telah selesai dan anda mesti atau wajib membuat persediaan untuk step kedua. Step kedua merupakan suatu yang sangat mencabar dalam usaha anda untuk dilantik sebagai PJS. Apakah step kedua itu ?... ikutilah komen saya seterusnya. Wassalam

    ReplyDelete
  9. Step Kedua:
    Persediaan untuk menghadiri temuduga,
    1. Pengetahuan tentang Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993.
    2. Pengetahuan tentang Sistem Undang-Undang Malaysia.
    3. Pengetahuan Am
    4. Persediaan sahsiah rupadiri menghadiri temuduga.
    Carilah rujukkan dimana-mana jika ada, jika tiada sila pohon ebook saya seperti yang tertara, insyallah ebook tersebut telah terbukti membantu ramai calon berjaya dalam temuduga dan telah dilantik.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  10. Silalah kemukakan apa-apa soalan berkaitan untuk perkongsian ilmu..... semuga kita mendapat satu natijah yang terbaik.

    remba@pjs
    Sahabat Pesuruhjaya Sumpah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih saudara Ram Ba atas penerangan yang bernilai di atas. Di sini saya ingin menanyakan satu soalan. Ada tak larangan bagi PJS(penjawat awam) mengesahkan Affidavit dari jabatan beliau sendiri untuk difailkan ke mahkamah? Takut nanti timbul isu conflict of interest. Harap saudara dapat membantu.

      Delete