Monday 31 December 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Selamat Tahun Baru 2013

1.  Sahabat-Sahabat Pesuruhjaya Sumpah,     selamat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawah dan
     mematuhi KKPS 1993.  Azam kita ialah jalankan tugas dengan penuh yakin dan zero kesalahan.

2.  Sahabat-Sahabat Pesuruhjaya Sumpah yang baru sahaja dilantik, janganlah malu untuk bertanya,   
     sentiasa tangguhkan tugas apabila kita ragu-ragu  antara boleh atau tidak.  Melanggar KKPS  1993  
     adalah merupakan satu kesalahan berat semada kita boleh dituduh di mahkamah atau dibatalkan lesen
     perlantikan.

3.  Sahabat-Sahabat yang akan menduduki peperiksaan PJS,  hari peperiksaan kian hampir bersiap
     sedialah dengan mencari bahan-bahan rujukkan.  Tiada jalan singkat untuk lulus kecuali kita bersungguh-
     sungguh membaca dan mencari ilmu.  Apabila anda lulus peperiksaan tersebut barulah anda akan
     panggil untuk ditemuduga.

Peperiksaan PJS: Mahkamah-Mahkamah Rendah

Mahkamah Rendah di Malaysia terdiri daripada Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret (Kelas satu dan Kelas dua) dan Mahkamah Untuk Kanak-Kanak.  Kes-kes Mahkamah Sesyen di sebut dan dibicarakan oleh Tuan/Puan Hakim Mahkamah Sesyen manakala kes-kes Mahkamah Majistret dan Kes-kes kanak-kanak disebut dan dibicarakan oleh Tuan/Puan Majistret.

Pelajaran seterusnya dalam komen di bawah:

Wednesday 26 December 2012

Peperiksaan PJS: Mahkamah-Mahkamah Tinggi

Mahkamah-Mahkamah Tinggi ditubuhkan di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.  Di Malaysia terdapat 2 Mahkamah Tinggi yang mempuanyai bidangkuasa dan taraf yang setara, iaitu Mahkamah Tinggi di Malaya dan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.  Mahkamah Tinggi Malaya terdiri daripada seorang Hakim Besar dan 60 orang hakim manakala Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak terdiri daripada seorang Hakim Besar dan 13 orang hakim (Perkara 121(1) dan 122AA(1) Perlembagaan Persekutuan).

Peperiksaan PJS: Mahkamah Rayuan Malaysia

Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan pada tahu 1994.  Mahkamah ini mempuanyai bidangkuasa seperti dibawah:

(a)  memutuskan rayuan-rayuan terhadap keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya;
      dan
(b)  yang lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.  (Perkara 121(1B)
       Perlembagaan  Persekutuan.

Mulai 1 Mei 2009, bilangan hakim mahkamah ini telah ditambah dari 22 orang kepada 32 orang melalui Perintah Yang di-Pertuan Agong (Perkara 122A(1) Perlembagaan Persekutuan).

Komposisi
Prosiding di Mahkamah Rayuan adalah didengar dan dilupuskan oleh penal tiga hakim atau lebih yang bilangannya hendaklah ganjil dan sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden Mahkamah Rayuan (Seksyen 38 Akta Mahkamah Kehakiman 1964).  Di bawah Perkara 122A(2) Perlembagaan Persekutuan, seorang hakim Mahkamah Tinggi juga boleh bersidang sebagai Hakim Mahkamah Rayuan jika Presiden Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang demikian.  Hakim hendaklah dinamakan bagi maksud itu oleh Presiden selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi berkenaan.

Pelajaran seterusnya dalam komen di bawah:

Monday 24 December 2012

Peperiksaan PJS: Mahkamah Khas

Mahkamah Khas ditubuhkan di bawah Perkara 182 Perlembagaan
Persekutuan bagi membicarakab apa-apa tindakan sivil atau
jenayah yang dimulakan atau terhadap Yang di-Pertuan Agong
atau raja mana-mana negeri.  Bagaimanapun,  Perkara 183 Perlembagaan
Persekutuan memperuntukan bahawa tiada apa-apa tindakan sivil atau
jenayah boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesebuah
negeri berhubung apa-apa perlakuan atau tinggalan yang dilakukan
olehnya di dalam kapasiti dirinya melainkan dengan izin Peguam Negara
sendiri.

Mahkamah Khas bersidang di Mahkamah Persekutuan yang terletak
di Istana Kehakiman pada tarikh-tarikh dan masa yang ditetapkan
oleh Ketua Hakim Negara.  Keputusan Mahkamah Khas adalah
muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipersoalkan
di mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

Sunday 23 December 2012

Peperiksaan PJS: Mahkamah Persekutuan Malaysia (Mahkamah Tertinggi Di Malaysia)

Mahkamah Persekutaun Malaysia merupakan otoriti kehakiman
yang tertinggi sekali di Malaysia.  Ianya ditubuhkan di bawah Perkara 12(2)
Perelmbagaan Persekutuan. Keputusannya mengikat semua mahkamah
di bawahnya.  Sebelum 1 Januari 1985, sistem mahkamah atasan di Malaysia
adalah sistem tiga peringkat iaitu:
(a)  Majlis Privy
(b)  Mahkamah Agung
(c)  Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo.

Majlis Privy merupakan mahkamah rayuan tertinggi bagi Malaysia
sehingga 31 Disember 1984.  Pada 1 Januari 1985, semua rayuan dari
Malaysia ke Majlis Privy telah dimansuhkan.  Bagi mengantikannya,
Mahkamah Agung Malaysia ditubuhkan menjadikan mahkamah
rayuan terakhir di negara ini.  Pemansuhan rayuan ke Majlis Privy
telah mengakibatkan perubahan tiga peringkat mahkamah atasan kepada
sistem dua peringkat iaitu peringkat Mahkamah Agung dan dua
Mahkamah Tinggi.

Pelajaran seterus dalam komen dibawah:

Thursday 20 December 2012

Orang Asli menang hak tanah di Mahkamah

Harakah .Anis Nazri 19Dis 2012

Temerloh: Penduduk Orang Asli di Kampung Bukit Rok dan
Kampung Ibam, Bera memenangi kes ke atas tanah mereka
yang cuba diambil kerajaan Pahang, pada 2006 lalu.

Yang Arif Datuk Akhtar Tahir memutuskan sedemikian di Mahkamah
Tinggi Temerloh semalam.  Kira-kira 80 orang penduduk dan aktivis
Orang Asli turut hadir di mahkamah untuk mendengar keputusan
tersebut, selain menyatakan sokongan.

Tanah tersebut diambil kerajaan Pahang bagi tujuan pembangunan
Felcera Sdn. Bhd., bagaimanapun penduduk kampung yang
terlibat bertindak menentang dan memohon injuksi bagi menghentikan
pencerobohan tersebut.

Wednesday 19 December 2012

Lynas: Rayuan Penduduk Kuantan ditolak

Bernama  Dis 19, 2012

Tiga penduduk Kuantan hari ini gagal dalam cubaan
mereka untuk menyekat operasi Lynas Advanced Material Plant (Lamp)
di Gebenag, Kuantan.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan mereka
terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan mengetepikan
permohonan mereka supaya ditangguhkan keputusan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
dan Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) untuk memberi lesen
pengoperasian sementara (TOL) kepada Lynas Malaysia Sdn. Bhd (Lynas)
bagi menjalankan operasi pemprosesan nadir buminya di Gebeng.

Yang Arif Hakim Datuk Ramly Ali, yang mengetuai penal hakim
berkenaan, berkata Mahkamah itu mendapati Hakim Mahkamah
Tinggi Kuantan  bertindak betul disisi undang-undang dan dari segi fakta
apabila beliau menolak permohonan penangguhan mereka.

Wednesday 12 December 2012

Pengetahuan Am: Peperiksaan PJS

Jata Negara atau Lambang Negara Malaysia:

Lambang Malaysia menunjukkan bintang
pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang
terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan
Kerajaan Persekutuan, manakala bintang
bersama-sama anak bulan itu tanda Agama
Islam-agama rasmi Malaysia.

Ikuti seterusnya dalam komen dibawah.

Saturday 8 December 2012

Bagaimana Hakim Mahkamah Atasan dilantik

Sejak tahun 2009 sehingga kini Hakim Mahkamah Atasan
telah dilantik oleh Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman.  Suruhanjaya
tersebut berfungsi antara lain:

(a)  memberikan syor kepada Perdana Menteri, siapakah
      yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Atasan.
      (Mahkamah Atasan: Mahkamah Persekutuan, Mahkamah
       Rayuan dan Mahkamah Tinggi)

(b)  mendukung Kebebasan Kehakiman yang berterusan bagi
      Badan Kehakiman Malaysia.

Keanggotaan Suruhanjaya

Menurut Seksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman
2009, keanggotaan suruhanjaya adalah terdiri daripada anggota
berikut:

(a)  Ketua Hakim Negara
(b)  Presiden Mahkamah Rayuan
(c)  Hakim Besar Malaya
(d)  Hakim Besar Sabah dan Sarawak
(e)  Seorang Hakim Mahkamah Persekutuan
(f)  Empat orang terkemuka, yang bukan merupakan anggota
      eksekutif atau perkhidmatan awam yang lain.

Friday 7 December 2012

Rayuan tangguh operasi loji Lynas didengar 19 Dis

Malaysiakini. Hafiz Yatim Dis 7 2012

Mahkamah Rayuan telah menetapkan 19 Disember ini
untuk mendengar rayuan penduduk Kuantan bagi
mendapatkan penangguhan dalam usaha mereka untuk
menghentikan operasi loji memperoses nadir bumi Lynas sehingga
permohonan semakan kehakiman penduduk selesai.

Hakim Datuk Ramly Ali, yang mengetuai penal tiga hakim,
menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan mereka,
daripada mendengar notis mereka untuk mendapatkan
penangguhan interim sementara menunggu rayuan
yang ditetapkan hari ini.

Thursday 6 December 2012

Kes Aminulrasyid: Kpl Jenain bebas tuduhan

Bernama Dis 5 2012

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan
Kpl Jenain Subi daripada tuduhan menyebabkan
kematian remaja lelaki berumur 15 tahun Aminulrasyid
Amzah, dua tahun lepas.  Hakim Datuk Abdul Rahman
Sebi memutuskan sedemikian selepas menerima rayuan
Kpl Jenain, 49 terhadap sabitan dan hukuman penjara
lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah
Sesyen Shah Alam pada September tahun lepas.

Dalam penghakimanya, Hakim Abdul Rahman berpuashati,
anggota polis itu melepaskan tembakan hanya untuk menghentikan
kereta proton iswara yang dipandu oleh Aminulrasyid dan
bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.

Wednesday 5 December 2012

Lynas: Mahkamah dengar permohonan Penduduk 7 Dis (Jumaat)

Bernama. Dis 4 2012

Mahkamah Rayuan menetapkan Jumaat ini (7 Disember) untuk
mendengar permohonan tiga orang penduduk kuantan berhubung
keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan yang menolak permohonan
injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) yang
diberi kepada kilang nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (LAMP).

Tiga orang penduduk itu mengemukakan permohonan perintah penggantungan
sementara itu di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah
Tinggi Kuantan pada 8 Nov yang menolak permohonan mereka supaya
mahkamah itu menangguhkan sementara TOL sehingga permohonan semakan
kehakiman mereka didengar di mahkamah tinggi.

Permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan Lembaga
Perlesenan Tenaga Atom (AELB) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
mengeluarkan TOL kepada LAMP, ditetapkan 5 Feb yang didengar oleh
Mahkamah Tinggi, Kuantan.

Monday 3 December 2012

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Gantirugi bekas tahanan ISA dikurangkan
kepada RM 300.000

Bernama Dis 3,2012
Mahkamah Rayuan Malaysia Putrajaya hari ini
mengekalkan keputusan bekas tahanan  Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA),  Badrul Zaman
P.S Mohamad yang di tahan menyalahi undang-
undang tetapi mengurangkan jumlah gantirugi dari RM 3.3 juta kepada RM 300.000

Undang-Undang Kebankrapan

Kerajaan kaji semula undang-undang kebankrapan

Bernama Dis 2,2012
Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan membuat
peraturan baru berkaitan undang-undang kebankrapan
kerana undang-undang sedia ada dilihat terlalu ketat.

Saturday 1 December 2012

Salahlaku Pesuruhjaya Sumpah

Kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan
oleh Pesuruhjaya Sumpah

1.  Kesalahan di bawah Kaedah 11 dan 12 KKPS 
     1993
     (Kuasa-Kuasa Pesuruhjaya Sumpah)
(a)  melakukan SALINAN DIAKUI SAH  
      sesuatu dokumen fotokopi.
   
(b)  melakukan penyaksian dalam mana-mana
      perjanjian  bertulis.

Friday 30 November 2012

Pengenalan Akta Akuan Berkanun 1960

Mengapakah Akta ini sangat berkait rapat dengan
Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah?

AAB merupakan satu akta untuk mengadakan peruntukan
bagi membuat dan mengambil Akuan Berkanun dan bagi
maksud yang berkaitan dan bersampingan dengannya.

Tajuk Ringkas
1.  Akta ini bolehlah dinamakan Akta Akuan Berkanun 1960.

Borang akuan
2.  Sah bagi mana-mana Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret,
Pesuruhjaya Sumpah atau tertakluk kepada seksyen 4 Akta Notari
Awam 1959 (Akta 115), bagi mana-mana Notari Awam yang
dilantik di bawah Akta Notari Awam 1959, mengambil dan menerima
akuan mana-mana orang yang membuat akuan dengan SUKARELA
dalam bahasa melayu atau inggeris mengikut borang dalam jadual.

Penjelasan seterusnya dlm komen di bawah:.

Tuesday 27 November 2012

Seksyen 15(5)(a) Auku: Mahkamah tolak rayuan kerajaan

Bernama , Nov 22,2012

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan yang
dikemukakan oleh kerajaan dan dua pihak lain terhadap
keputusan penting mengistiharkan Seksyen 15(5)(a) Akta
Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sebagai
tidak sah di sisi undang-undang.

Keputusan itu dicapai selepas panel lima hakim diketuai
Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin
membenarkan permohonan empat bekas pelajar UKM
untuk membatalkan permohonan perayu atas alasan
perkara itu akademik berikutan Sesyen 15(5)(a) telah
dimansuhkan.

"Kes ini tidak lagi kompeten di hadapan mahkamah ini kerana
Seksyen 15(5)(a) akta itu yang melarang mahasiswa
menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap
mana-mana parti politik sudah dimansuhkan," kata Zulkefli.

Monday 26 November 2012

Bapa Pembangunan dan Perdamaian Malaysia

YAB Tun Abdul Razak bin Hussein (1970-1976)
adalah merupakan Bapa Pembangunan dan Perdamaian
Malaysia.

Blogger diarah bayar ganti rugi kepada Husam

Aslani M, 25 Nov,2012 Harakah
Kota Bahru, seorang blogger, Salahuddin Hisham diarahkan Mahkamah Tinggi
disini membayar ganti rugi kepada naib Presiden PAS, Datuk Husam berhubung
satu artikel yang dianggap memfitnahnya.

Sunday 25 November 2012

Mahkamah tolak permohonan Rafizi batal tuduhan

Hafiz Yatim-Malaysiakini 23 Nov,2012
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli untuk membatalkan
tuduhan terhadapnya di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan
(Bafia) 1989 berkaitan dengan National Fedlot Corporation (NFC).

Pinda Seksyen 376, Penjara mandatori rogol gadis bawah umur

Bernama  24 Nov 2012
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed
Naazri Abdul Aziz berkata pindaan itu dicadangkan supaya
mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur
dan dijatuhi hukuman penjara mandatori tidak boleh
merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.

Friday 23 November 2012

HARI MALAYSIA

HARI MALAYSIA
Hari Malaysia disambut pada 16 Sept setiap tahun untuk
memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia, ditarikh
yang sama pada tahun 1963.  Ia menandakan penyertaan
bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura
bagi membentuk Malaysia.

Monday 19 November 2012

Chief Justice Tun Arifin Zakaria

There has to exist a clear separation of powers
between the judiciary and the other two arms of the
government in order to uphold the rule of law, said
Chief Justice Tun Arifin Zakaria.
By Hafiz Yatim-Malaysiakini

Sunday 18 November 2012

Pesuruhjaya Sumpah (Peguambela dan Peguamcara)

Bagaimana hendak dilantik Pesuruhjaya Sumpah
di kalangan sahabat-sahabat terpelajar, Peguambela dan
Peguamcara?.  Ikutilah komen seterusnya dari remba.....

Friday 16 November 2012

Bapa Kemerdekaan Malaysia

Pengetahuan Am dalam Peperiksaan dan Temuduga PJS:

Y.A.B Tungku Abdul Rahman Putra Al Haj (1957-1970)
Bapa Kemerdekaan Malaysia.

Tai Fook Collection (Gold)

Berminat untuk mendapatkanya sila
ke email yemhassan2004@yahoo.com



Wednesday 14 November 2012

SALAM AWAL MUHARAM (MAAL HIJRAH)

Salam Awal Muharan atau Maal Hijrah kepada
Pesuruhjaya Sumpah Yang Berugama Islam, semuga
kita semua diberkati Allah SWT.

Monday 12 November 2012

e Book Jambatan Ilmu Untuk Pesuruhjaya Sumpah,

Mari kita belajar untuk lulus peperiksaan Pesuruhjaya Sumpah
yang akan datang.  Disertakan beberapa soalan penting yang
saya ambil dari ebook saya untuk perkongsian ilmu bersama.
Ikutilah.......

Saturday 10 November 2012

SELAMAT HARI DEPAVALLI

Kepada Sahabat-Sahabat PJS India,
Selamat Hari Depavalli, semuga kita semua
hidup bahagia dalam negara kita tercinta ini.

Wednesday 31 October 2012

Pesuruhjaya Sumpah Pegawai Kerajaan /Pegawai Awam

Pegawai Kerajaan/ Pegawai Awam

Semua pegawai awam yang berminat untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah (Pegawai Awam), boleh membuat permohonan kepada Ketua Hakim Negara dan sebelum membuat permohonan sila jawab persoalan-persoalan seperti dibawah.

Persoalan Pertama?
Adakah tempat pegawai bertugas tersebut ada keperluan Akuan Sumpah?, 
Contohnya Jabatan-Jabatan yang ada keperluan:  Jabatan Imigresen, Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran Negara dan lain-lain jabatan dan kementerian yang lain.

Persoalan Kedua?
Adakah ketua Jabatan tempat anda bertugas akan menyokong ?
Anda perlu memastikan permohonan yang dibuat mendapat sokongan dari ketua jabatan tempat anda bertugas kerana semasa permohonan dikemukakan kepada KHN, Surat iringan  tersebut adalah dari jabatan tempat anda bertugas dan ditanda tangani oleh ketua jabatan anda.

Persoalan Ketiga?
Sanggupkah anda mempunyai satu lagi tugas selain tugas hakiki anda yang sedia ada?. Anda tidak boleh membuat alasan tidak laksanakan tugas hakiki kerana telah dilantik sebagai PJS. Lantikan PJS adalah sebagai khidmat anda sebagai tugas tambahan kepada jabatan anda dan jabatan sekitar anda dan orang awam.

Persoalan Keempat?
Sanggupkah anda mematuhi dan memahami Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993?
Hanya orang yang sanggup memahami dan mematuhi kaedah-kaedah di atas yang akan dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah.

Maka, sekiranya jawapan persoalan di atas ada YES!, maka anda boleh membuat permohonan dan sila baca faedah-faedah menjadi Pesuruhjaya Sumpah Pegawai Awam dalam komen saya dibawah.
Wassalam. 
remba@pjs 


Tuesday 30 October 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada Semua
Pesuruhjaya Sumpah dan Bakal Pesuruhjaya
Sumpah.

Monday 22 October 2012

Sahabat-Sahabat Semua

Salam Sahabat,
Ada diantara sahabat kita yang gagal dalam peperiksaan PJS
tempoh hari telah berputus asa dan merajuk.  Nasihat saya
janganlah begitu, alasan mengatakan bahawa markah lulus
terlalu tinggi adalah satu alasan sahaja.  Walaupun markah
lulusnya tinggi saya dapati ramai juga calon yang lulus.  Pendekatan
yang paling bagus bagi saya ialah mungkin kerana usaha kita belum di-
peringkat maksima dan jika ditambah lagi dari sekarang inyallah kita akan
berjaya sepertimana sahabat-sahabat yang telah lulus.  Maka berusaha
lah dari saat ini .  Buang sikap putus asa, tambahkan usaha, insyallah
kita akan berjaya.

Friday 5 October 2012

Muzium Kehakiman di Istana Kehakiman, Presint 3 Putrajaya.


Kerusi antik ini telah digunakan oleh para  Yang Arif Hakim
menjalankan tugas semasa didalam mahkamah
terbuka.  Kerusi ini dijaga dengan sampurna dan
dipamirkan di dalam Muzium Kehakiman. Jemputlah
Datang, anda disambut dengan senyuman .

Tuesday 2 October 2012

Selamat Datang Bakal Pesuruhjaya Sumpah

Selamat datang kepada semua bakal Pesuruhjaya Sumpah
yang sedang menghadapi temuduga dari 24.9.2012 hingga
10.10.2012. Buatlah persediaan terbaik dan  selamat berjaya
dengan cemerlang untuk dilantik sebagai Pesuruhjaya Sumpah.

Muzium Kehakiman Putrajaya

Selamat Datang ke MUZIUM KEHAKIMAN
Lokasi     : Mahkamah Persekutuan Malaysia
                 Istana Kehakiman
                 Presint 3, Putrajaya.
Masuk     : Percuma
Masa       : 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang

Thursday 27 September 2012

Akta-Akta Atau Undang-Undang Yang Berkaitan Dengan Akuan Sumpah

   Akta-Akta atau Undang-Undang yang
   berkaitan dengan Akuan Sumpah 
                                 
 (a)  Akta Mahkamah Kehakiman 1964, Seksyen 11(2).
 (b)  Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993.
 (c)  Akta Akuan Berkanun 1960.
 (d)  Perlembagaan Persekutuan, Perkara 18(1) dan Perkara
       23(1).
 (e)  Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (Berkuatkuasa pada
        1 Ogos, 2012).

Monday 24 September 2012

Permohonan Menjadi Pesuruhjaya Sumpah



Permohonan Pesuruhjaya Sumpah dibahagikan kepada 3 kategori:-

        (a) Pesuruhjaya Sumpah dari Peguambela dan Peguamcara
        (b) Pesuruhjaya Sumpah dari Pegawai Awam atau Pegawai Kerajaan
        (c) Pesuruhjaya Sumpah dari orang Persendirian

(1) Bagi permohonan dari kalangan Peguambela dan Peguamcara, dokumen-dokumen yang 
      diperlukan:-
   
         (a)  Empat keping gambar berwarna yang terbaru ukuran pasport.
         (b)  Satu salinan fotokopi kad pengenalan (depan dan belakang atau kad pertukaran alamat).
         (c)  Sijil Akademik:
           -    Sijil LL.B
           -    Perintah diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara
           -    Sijil Amalan yang pertama dan yang terkini.  dan
           -    Sijil SPM atau yang setaraf.
         (d)  Dua (2) Perakuan Kelakuan Baik.
            Perakuan ini mestilah yang asal dan dibuat dalam tahun permohonan dibuat.
           -    Perakuan Kelakuan Baik dari Majlis Peguam, dan
           -    Perakuan Kelakuan Baik daripada seorang Peguambela dan Peguamcara yang telah beramal
                 lebih 10 tahun.
          (e) Satu salinan pengasahan rasmi dari Jabatan Insolvensi Malaysia bahawa pemohon tidak pernah
               di perintah bankrap oleh mahkamah.
           
           (f) Mengisi sepenuhnya Borang Permohonan dalam Borang 1 beserta  Akuan Berkanun.

(2) Bagi Permohonan dari kalangan Pegawai awam atau Pegawai Kerajaan, dokumen-dokumen 
      yang diperlukan:-


           (a)  Empat keping gambar warna berukuran pasport

           (b)  Satu salinan fotokopi kad pengenalan (depan dan belakang) atau kad pertukaran alamat.
           (c)  Sijil SPM atau yang seteraf dengannya
           (d)  Satu salinan fotokopi surat pengesahan dalam jawatan.
           (e)  Dua (2) Perakuan Kelakuan Baik ( Perakuan yang asal dan dibuat dalam tahun permohonan
                  dibuat.
            -    Perakuan Kelakuan Baik dari Ketua Jabatan semasa, dan
            -    Perakuan Kelakuan Baik dari seorang Pegawai Kerajaan yang telah disahkan dari jawatan dan
                  lebih kanan dari pemohon.
            (f)  Satu salinan pengesahan rasmi dari Jabatan Insolvensi Malaysia bahawa pemohon tidak pernah
                 diperintahkan bankrap oleh mahkamah.
            (g)  Dua (2) salinan borang Tapisan Keselamatan
            (h)  Mengisi sepenuhnya Borang Permohonan dalam Borang 1 beserta Akuan Berkanun.

       PERHATIAN
       Permohonan bagi Pegawai Awam atau Pegawai Kerajaan mestilah dibuat melalui Ketua   
       Jabatan masing-masing.

(3)  Bagi Permohonan dari Kalangan Orang Persendirian, dokumen-dokumen yang dikehendaki  
      seperti di bawah:-


            (a)  Empat keping gambar terbaru yang bewarna berukuran pasport.

            (b)  Satu salinan fotokopi Kad Pengenalan (Depan dan belakang) dan kad tukar alamat jika
                   berkenaan.    
             (c)  Sijil SPM atau yang setaraf dengannya.
             (d)  Dua (2) Perakuan Kelakuan Baik ( Perakuan mestilah yang asal dan dibuat dalam tahun
                   permohonan dibuat.
                   -   Surat Perakuan Kelakuan Baik dari Pegawai Kerajaan atau Esekutif Swasta gred A.
             (e)  Satu salinan pengesahan rasmi dari Pejabat Insovensi Malaysia yang menyatakan bahawa
                   pemohon tidak pernah diperintahkan bankrap oleh mahkamah.
             (f)    Dua (2) salinan Borang Tapisan Keselamatan.
             (g)   Mengisi sepenuhnya Borang Permohonan dalam Borang 1 beserta Akuan Berkanun.

Borang yang telah dipenuhi dengan lengkap serta dokumen-dokumen sokongan tersebut hendaklah dihantar
sendiri atau melalui pos ke:-

Bahagian Pesuruhjaya Sumpah
Pejabat Ketua Pendaftar
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Istana Kehakiman
62506 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
    

Sunday 23 September 2012

E-Book Pesuruhjaya Sumpah.


Buku ini boleh didapati melalui e-mail remba_ebook@yahoo.com
yemhassan2004@yahoo.com  hp:017-3076458

Selamat Datang!

Blog ini dibuka Pada 22.9.2012 untuk:
(a) meningkat hubungan baik diantara semua Pesuruhjaya Sumpah di Malaysia.
(b) meningkatkan hubungan baik diantara Pesuruhjaya Sumpah dengan Mahkamah
(c) meningkatkan ilmu pengetahuan Pesuruhjaya Sumpah
(d) membantu sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi Pesuruhjaya Sumpah
(e) perbincangan sihat Pesuruhjaya Sumpah
(f)  memberikan peringatan supaya semua Pesuruhjaya Sumpah sentiasa mematuhi
     Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 1993, Akta Akuan Berkanun 1960 dan
     Peraturan-Peraturan yang dikeluarkan oleh Ketua Hakim Negara.